• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jualan kilat Huawei P30 Pro hanya RM12 pada 12.12

  • OLEH Najib
  • 5:49 pm
  • 10/12/2019
  • Komen
Jualan kilat Huawei P30 Pro hanya RM12 pada 12.12
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh 12 Disember harus diberi peringatan tertinggi kerana banyak tawaran dan promosi akan diadakan pada tarikh tersebut. Huawei Malaysia juga turut menyediakan banyak tawaran menarik menjelang 12.12 antaranya jualan kilat RM12 untuk beberapa produk.

Bermula tengah malam 12am pada 12.12, orang ramai boleh mendapatkan beberapa produk pada harga super istimewa seperti Huawei Mate 20 berharga RM1,212 sahaja (harga asal RM2,099), Huawei Nova 4e berharga RM749 (harga asal RM949) serta tablet Mediapad T5 berharga RM599 (harga asal RM899).



Untuk aksesori pula, produk yang diberi super diskaun adalah seperti jam Huawei Watch GT berharga RM399 (harga asal RM799) serta gelang pintar Huawei Band 4 berharga RM89 (harga asal RM139). Walaupun ia ditawarkan sepanjang hari, unitnya terhad jadi lebih baik cepat membelinya.

Huawei turut memberikan baucer RM200 yang boleh didapati di Lazada dan Stor Online Huawei sekarang. Voucher ini boleh digunakan untuk membeli produk terpilih Huawei, menjadikannya RM200 lebih murah. Antara produk tersebut ialah telefon P30 Pro, P30 dan Nova 5T.



Tawaran paling menarik adalah jualan kilat. Apa tidaknya, dalam jualan kilat pada 12.12 nanti, Huawei menyediakan 3 unit Huawei P30 Pro (8GB+512GB) pada harga RM12 sahaja, dari harga asal RM3,899. Selain itu, Huawei juga menyediakan 50 unit Huawei Backup Storage pada harga RM12 dan 5 unit Huawei Freebuds Lite juga dengan harga RM12. Jualan kilat ini bermula dari tengah malam 12AM pada 12.12 kelak.

Huawei juga menyediakan banyak produk dengan tawaran RM12 sepanjang hari. Antara produk yang boleh dibeli pada harga RM12 pada 12.12 nanti adalah flip cover, speaker Bluetooth, kabel, pengecas kereta dan kayu swafoto.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, layari laman web Huawei 12.12 Year End Festival sekarang.

Tags: 12.12Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Jualan kilat Huawei P30 Pro hanya RM12 pada 12.12

Jualan kilat Huawei P30 Pro hanya RM12 pada 12.12

10 December 2019
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER