Lazada sememangnya terkenal di Malaysia sebagai platform beli-belah dalam talian. Tetapi pada jualan 12.12 kali ini, Lazada mahu meluaskan tawaran mereka ke luar talian.
Pada 12 dan 13 Disember ini, pengguna Lazada Wallet akan boleh menggunakannya di kedai luar talian yang terpilih. Tawaran awal dibuat dalam talian apabila pelanggan Lazada ditawarkan pembelian baucar tunai dengan harga diskaun 50%.
Ia kemudiannya boleh digunakan untuk pembelian di kedai luar talian pada 14 dan 15 Disember 2019. Jika baucar tunai yang dibeli lebih awal tidak mencukupi, pengguna boleh membayar baki pembelian di kedai luar talian menggunakan Lazada Wallet dan menerima diskaun tambahan sebanyak 12%.
Antara kedai-kedai yang terlibat dalam kempen Online-To-Offline (O2O) di Lazada ini adalah seperti Realme, Haagen Dazs, King Koil, Senheng dan banyak lagi.
Inisiatif O2O Lazada Wallet untuk jualan 12.12 ini menunjukkan inovasi konsep New Retail Lazada, dan memberi gambaran cara jual beli di masa hadapan. Integrasi Lazada Wallet di kedai luar dan dalam talian menunjukkan potensi dimana eDagang boleh merancakkan perniagaan, dan juga membantu meningkatkan populariti para penjual di dalam dan luar talian.
Selain tawaran dan diskaun membeli-belah di Lazada, pengguna boleh meningkatkan pengalaman menerusi beberapa fungsi menarik yang diperbaharui di aplikasi Lazada.
• Carian Imej
Fungsi carian imej menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membolehkan pelanggan mengambil gambar barang yang mereka inginkan dan akan menerima cadangan pintar di aplikasi Lazada. Hanya klik pada ikon kamera di bahagian atas kiri skrin dan ambil gambar barangan atau buka galeri simpanan gambar anda.
• Kumpul Baucar dengan carian kata laluan
Dengar Hitz, ERA dan MYfm dari 12 ke 14 Disember 2019 dan dapatkan kata laluan untuk peluang mengumpul baucar! Masukkan kata laluan tersebut di bahagian carian di aplikasi Lazada, kumpul dan tebus pada 12 hingga 14 Disember 2019.
• LazLive
Saksikan ‘Lazlive’, penstriman secara langsung dimana 200 penjual akan mempamerkan produk-produk mereka di aplikasi Lazada. Cari ‘LazLive’ atau akses melalui ‘Feed’ di aplikasi Lazada untuk menonton dan anda boleh mengumpul baucar eksklusif, peluang menang rebat tunai, disamping berinteraksi melalui komen dan emoji. Produk-produk dan tawaran eksklusif hanya semasa ‘Lazlive’ boleh ditambah ke troli dari 1 Disember hingga 14 Disember 2019. Pembelian barangan yang telah ada ditroli pula boleh dilengkapkan pada 12 hingga 14 Disember 2019.
Membeli Sambil Menderma
Akhir sekali, Lazada dengan kerjasama Hasbro ingin mengajak anda untuk membeli sambil menderma. Tunaikan hajat kanak-kanak yang kurang bernasib baik apabila anda membeli sebarang produk Hasbro di LazMall. Belanja minimum RM100 untuk setiap transaksi dan Hasbro akan derma 1 unit mainan kepada kanak-kanak yang memerlukan.
Menangi hadiah menonton GRAMMY Awards di Los Angeles
Pengguna Lazada juga berpeluang untuk terbang ke Los Angeles dan menonton secara langsung anugerah GRAMMY Awards ke-62 menerusi pertandingan Mastercard. Rakam video anda menyanyi sebarang lagu yang tercalon di Anugerah ini, sama ada live atau ‘lip sync’ berdurasi 15 saat dan nyatakan “Shop on Lazada this 12.12 with Mastercard for priceless experience”. Muat naik video ini ke Instagram anda dan hashtag #LazadaxMastercard. Pastikan anda membeli barangan pada Lazada 12.12 Grand Year End Sale dari 12 ke 14 Disember dengan Mastercard anda untuk layak menyertai! Pemenang akan diumumkan pada 16 Disember 2019.