• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemegang lesen NFCP 1 akan diumum Januari 2020, bidaan NFCP 2 ditutup Mac 2020

  • OLEH Najib
  • 7:10 pm
  • 10/12/2019
  • Komen
Pemegang lesen NFCP 1 akan diumum Januari 2020, bidaan NFCP 2 ditutup Mac 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Pelan Gantian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) merupakan satu pelan yang bertujuan untuk menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik bagi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Fasa pertama NFCP kini diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dianugerahkan kepada pemegang lesen yang telah berjaya dipilih menerusi proses tender pada awal Januari 2020.

Bagi fasa pertama NFCP, ia melibatkan 153 lokasi merangkumi 94 mukim di 8 negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilam, Pahang, Perak, Terengganu dan Sabah. Fasa kedua pula akan melibatkan kawasan lebih luas, iaitu sebanyak 500 lokasi di 210 mukim di 10 negeri, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak.



Infografik Bernama

Dokumen tender bagi fasa kedua NFCP telah dikeluarkan pada 15 November 2019 dan bidaan akan ditutup pada 31 Mac 2020. Pemegang lesen yang terpilih melalui proses tender ini akan diumumkan di laman web www.nfcp.my.

Bagi kedua-dua fasa ini, pemegang lesen yang terpilih perlu memasang kemudahan rangkaian dan menyediakan perkhidmatan mudah alih awam menggunakan teknologi 3G dan 4G, dan mencapai kelajuan purata 30Mbps. Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan NFCP secara kos efektif dan efisyen, perkongsian infrastruktur sedia ada perlu dimanfaatkan di samping mengurangkan duplikasi. Untuk itu, penyedia infrastruktur telekomunikasi telah bersetuju untuk bekerjasama berkongsi infrastruktur dan menyelaraskan perancangan agar lebih banyak kawasan boleh diliputi.



SKMM juga telah mewujudkan sebuah Bilik Operasi NFCP. Ia dilengkapi metrik dan papan pemuka bagi tujuan memberi fokus kepada sasaran, kualiti pengalaman, perkhidmatan serta pemantauan projek-projek NFCP. pendekatan berpandukan data ini diharap dapat membantu SKMM memantau prestasi dan pelaksanaan NFCP dengan lebih efektif.

Semoga objektif NFCP boleh dicapai dengan jayanya dalam tempoh yang dirancang. Antara objektif tersebut ialah kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk menjelang 2023 serta rangkaian gentian optik meliputi 70% sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos menjelang tahun 2022.

Sumber: SKMM

Tags: NFCPSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Pemegang lesen NFCP 1 akan diumum Januari 2020, bidaan NFCP 2 ditutup Mac 2020

Pemegang lesen NFCP 1 akan diumum Januari 2020, bidaan NFCP 2 ditutup Mac 2020

10 December 2019
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN