Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Surface Pro 7 & Laptop 3 Tiba Di Malaysia

Microsoft hari ini mengumumkan keberadaan keluarga Surface terbarunya di Malaysia. Dua siri yang telah dijual di sini ialah Surface Pro 7 dan Surface Laptop 3. Secara ringkas, Surface Pro adalah komputer jenis 2-dalam-1 iaitu yang paparannya boleh ditanggalkan daripada papan kekunci untuk berubah menjadi tablet manakala Surface Laptop 3 adalah komputer ultrabook yang lebih konvesional.

Untuk generasi kali ini, port USB-C yang dimohon ramai telah disertakan, akhirnya.

Surface Laptop 3

Ia masih mengekalkan rupa ikonik supernipis dan ringannya tapi kini dua kali lebih berkuasa berbanding generasi terdahulu sekiranya anda banyak gunakannya untuk multitugasan. Ia hadir dalam dua saiz, satu yang ada panel paparan sebesar 13.5″ manakala satu lagi ada paparan 15″.

Surface Book 3 ada dua saiz, 13.5″ dan 15″

Kedua-duanya miliki tahap mobiliti yang tinggi kerana miliki berat kurang daripada 1.5kg. Membawanya dalam beg tentunya tak terasa bebannya. Ada dua warna boleh anda pilih mengikut citarasa, sama ada Matte Black ataupun Platinum.

Pad sesentuh 20% lebih luas

Menurut Microsoft, Surface Laptop 3 adalah teman terbaik untuk digital nomad pada hari ini dengan hayat bateri sepanjang hari. Jika tak cukup tenaga, ia boleh dicas pantas daripada 0 kepada 80% dalam masa sejam saja.

2 port USB-C
Surface Connector untuk kuasa

Bagi mempertingkat ergononiknya, keluasan pad sesentuh telah diperluas sebanyak 20% supaya navigasi jadi lebih mudah. Anda boleh temui dua port I/O di sekelilingnya. Ia ada port USB-C dan USB-A..

Surface Pro 7

Produk ini nyata ditambah baik menurut Microsoft. Ia kini dperkasa CPU generasi ke-10 Intel Core untuk jadikannya 2.3 kali lebih berkuasa berbanding sebelumnya. Dengan prestasi sebegitu, anda boleh bermain mahupun bekerja di mana saja pada bila-bila masa.

Surface Pro 7 dengan paparan 12.3″

Bahagian paparan laptop ini ada panel PixelSense beresolusi QHD+ pada saiz 12.3″. Seperti Surface Laptop, mobiliti pada produk ini tidak dikorbankan. Pada 775g sahaja, ia adalah komputer berkuasa tinggi dalam pakej yang ringan.

BACA  Penyakit “dahaga RAM” Chrome mungkin boleh diselesaikan dengan SegmentHeap
Papan kekunci alcantara

Ia turut hadir dalam dua warna menarik iaitu Black dan Platinum. Tapi, disebabkan bahagian papan kekuncinya boleh ditanggalkan, anda boleh suaikan papan kekunci pelbagai warna dengan bahagian utama laptop. Ia boleh didapati dalam warna Ice Blue, Poppy Red, Black, dan Platinum.

Ada port USB-C dan USB-A

Hayat bateri pada Surface Pro 7 juga panjang. Mereka menjanjikan waktu kegunaan sehingga 10.5 jam bergantung pada pola penggunaan.

Harga

Keluarga Microsoft Surface terbaru ini sudahpun dijual pada harga seperti berikut:

  • Surface Pro 7, Core i5, storan 128GB, RAM 8GB – akan diumumkan
  • Surface Pro 7, Core i5, storan 256GB, RAM 8GB – RM5,499
  • Surface Pro 7, Core i7, storan 256GB, RAM 16GB – RM6,799
  • Surface Pro 7, Core i7, storan 512GB, RAM 16GB – RM8,299
  • Surface Laptop 3, Core i5, storan 128GB, RAM 8GB – RM4,499
  • Surface Laptop 3, Core i5, storan 256GB, RAM 8GB – RM5,699
  • Surface Laptop 3, Core i7, storan 256GB, RAM 16GB – RM7,099
  • Surface Laptop 3, Ryzen 3580U, storan 256GB, RAM 8GB – RM6,799