• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tahukah anda apakah carian tertinggi rakyat Malaysia untuk tahun 2019?

  • OLEH Najib
  • 1:08 pm
  • 13/12/2019
  • Komen
Tahukah anda apakah carian tertinggi rakyat Malaysia untuk tahun 2019?
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Disember tiba menandakan berakhirnya sesuatu tahun. Banyak perkara telah berlaku sepanjang tahun ini tetapi tahukah anda apakah perkara yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia?

Google Malaysia telah mengumpulkan perkara paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia dan menyusunnya mengikut beberapa kategori. Mari kita semak senarai penuh di bawah, adakah ia juga perkara yang anda cari tahun ini?



Untuk kategori am, carian paling banyak adalah Earth Day Quiz diikuti oleh Thanos. Pencarian Thanos ini pastinya berkaitan dengan filem Marvels Avengers Endgame yang mengakhiri trilogi filem Avengers. Boleh dilihat, dua lagi carian berkaitan iaitu Captain Marvel di tangga ke-8 dan Avengers Endgame sendiri di tangga ke-9. Satu lagi carian berkaitan filem dalam 10 teratas ini ialah Joker, di tangga ke-7.

Bagi orang pula, di tangga pertama ialah artis Indonesia, Vanessa Angel. Mengapa beliau paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia? Mungkin carian dibuat untuk kajian lebih mendalam, beliau sebenarnya terpalit dengan skandal pelacuran dan terkantoi menerusi media sosial beliau sendiri.



Di tangga kedua pula ialah Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali. Mungkin banyak pencapaian beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi membuatkan banyak carian terhadap beliau dibuat. Tetapi beliau juga terpalit dengan satu skandal bersama Haziq Aziz, yang turut termasuk dalam carian orang terbanyak di Malaysia, di tangga ke-9.

Terdapat dua nama artis Korea di dalam senarai ini iaitu Jung Joon Young dan Seungri dari kumpulan Bigbang. Sekali lagi, kedua-dua nama ini naik kerana skandal di mana Joon Young terlibat dengan skandal merogol manakala Seungri pula dalam skandal kelab malam tidak berlesen.

Di kategori topik pula, tajuk IPU berada di tangga pertama kerana masalah jerebu yang melanda Malaysia sekitar bulan September. Satu tajuk yang menarik untuk diperkatakan dalam kategori ini ialah Acap Hilang di tangga ke-9. Acap ialah salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail 2019 yang hilang semasa larian dan masih tidak ditemui sehingga kini.

Bagi hiburan, Google membuat tiga senarai iaitu filem, muzik dan siri TV. Tiga drama Melayu menduduki tangga teratas siri TV iaitu Setelah Terlafaznya Akad, Nur 2 dan Curi Curi Cinta. Hanya 1 drama korea termasuk dalam 10 senarai teratas iaitu Hotel de Luna yang dibintangi penyanyi popular IU.

Dalam kategori filem, Joker menduduki tangga pertama carian diikuti dua filem Marvels, Captain Marvel dan Avengers Endgame. Tiada filem Malaysia tersenarai dalam 10 carian teratas dalam kategori filem tahun ini.

Untuk muzik, carian tertinggi adalah lagu Senorita yang dinyanyikan oleh Shawn Mendes dan Camilla Cabello. Di tangga kedua pula ialah lagu Malaysia, Mimpi oleh K-Clique. Kumpulan ini juga menjadi penyanyi yang paling banyak dimainkan di Spotify oleh rakyat Malaysia. Satu lagi lagu oleh penyanyi Malaysia yang banyak dicari ialah Sumpah oleh Naim Daniel di tangga ke-10.

Adakah carian di atas banyak dicari oleh anda juga? Anda boleh semak lebih banyak kategori berkenaan carian terbanyak rakyat Malaysia di Google menerusi pautan google.com.my/2019.

Apa pula trend rakyat Malaysia untuk carian 2020. Mungkinkah Wawasan 2020 salah satu darinya? Kami jangka, Sukan Olimpik Tokyo pasti akan termasuk.

Tags: GoogleTrending 2019
Najib

Najib

POPULAR

Tahukah anda apakah carian tertinggi rakyat Malaysia untuk tahun 2019?

Tahukah anda apakah carian tertinggi rakyat Malaysia untuk tahun 2019?

13 December 2019
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER