• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

2 Laptop Nipis Acer Ini Terima Potongan Harga RM300

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:47 pm
  • 17/12/2019
  • Komen
2 Laptop Nipis Acer Ini Terima Potongan Harga RM300
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan perayaan Krismas tahun ini, Acer melakukan penyelarasan harga untuk dua model laptop nipis mereka iaitu yang berada dalam keluarga Swift 3. Mereka menerima potongan harga RM300 untuk jadikan harga jualan semasa masing-masing adalah RM2,399 dan RM2,699. Bukan itu saja, storan untuk kedua-dua model telah dipertingkat daripada 256GB kepada 512GB.

Beza dua jenis model Swift 3 ini cumalah pada kehadiran GPU external. Varian yang lebih murah mengunakan Intel UHD Graphics 620 sebagai pemacu grafik manakala yang lebih tinggi didatangkan bersama Nvidia GeForce MX250.



Swift 3 untuk tahun ini diperkasa CPU Intel Core i5-8265U dan RAM seluas 8GB. Mereka ialah laptop dengan paparan IPC LCD sebesar 14″ pada resolusi FHD.

Port I/O yang boleh anda temui adalah seperti HDMI, 2 USB-A 3.9, 1 USB-C. Menariknya, port USB-C pada Swift 3 boleh digunakan untuk mengecas dan boleh menerima maksimu 20V pada kuasa setinggi 45W.



Swift 3 juga ada dalam perisa Ryzen 5. Untuk varian itu, ia hadir dengan Ryzen 5 3500U dengan pemacu grafik Radeon Vega 8 dan dijual pada harga RM2,099.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: AcerAcer Swift 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

2 Laptop Nipis Acer Ini Terima Potongan Harga RM300

2 Laptop Nipis Acer Ini Terima Potongan Harga RM300

17 December 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN