• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Edisi terhad Honor 9X Stoned & Co. hanya ada 200 unit di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:06 pm
  • 18/12/2019
  • Komen
Edisi terhad Honor 9X Stoned & Co. hanya ada 200 unit di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa edisi terhad telefon pintar Honor 9X dengan kerjasama Stoned & Co. akan dijual di Malaysia pada hari Jumaat ini, 20 Disember 2019. Hanya terdapat 200 unit telefon yang akan memiliki nombor siri 001/200 hingga 200/200.

Kepada yang mahu membelinya, terdapat dua cara untuk mendapatkannya. Sebanyak 100 unit akan tersedia di Stor Online Honor Malaysia, bermula jam 12 tengah malam pada 20 Disember 2019. 100 unit lagi akan boleh didapati di Stor Honor Experience (HES) di Sunway Pyramid, bermula pukul 11 pagi pada 20 Disember 2019.



Lebih menarik lagi, telefon ini dijual pada harga yang sama dengan edisi biasa, hanya RM999. Perbezaan edisi terhad ini dengan edisi yang biasa ialah pada kotak luarnya dan casing yang datang di dalam. Casing ini memiliki hiasan logo Stoned & Co. serta nombor siri padanya.

Honor 9X di Malaysia dikuasakan oleh cip Kirin 710F bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Skrin LCD padanya berukuran 6.59-inci dengan resolusi HD Penuh tanpa takuk dan lubang.



Kamera hadapannya 16MP tersimpan di dalam modul pop-up dan di belakang pula terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 48MP, kamera super lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Baterinya 4,000mAh dan ia mengecas melalui port USB-C.

Tags: honorHonor 9XStoned & Co
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Edisi terhad Honor 9X Stoned & Co. hanya ada 200 unit di Malaysia

Edisi terhad Honor 9X Stoned & Co. hanya ada 200 unit di Malaysia

18 December 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN