• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon lipat Samsung ini nampak kurang menarik berbanding Moto Razr

  • OLEH Najib
  • 6:32 pm
  • 20/12/2019
  • Komen
Telefon lipat Samsung ini nampak kurang menarik berbanding Moto Razr
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy Fold yang dilancarkan awal tahun ini, adalah salah satu rahsia yang berjaya Samsung simpan dengan kemas dan rapi sehingga tiada yang dapat menghidu ketibaannya di majlis pelancaran Galaxy S10. Tetapi generasi kedua telefon dengan skrin boleh lipat Samsung mungkin tidak lagi akan dirahsiakan.

Beberapa gambar berkenaan sebuah telefon pintar Samsung telah tersebar di alam maya, berasal dari laman weibo. Dikatakan ia adalah Galaxy Fold 2 dengan skrin boleh lipat. Tetapi rekaannya sangat berbeza dari Galaxy Fold yang pertama.



Gambar Galaxy Fold 2 ini memperlihatkan sebuah telefon pintar berukuran biasa dengan skrin penuh, boleh dilipat menjadi kecil. Sangat mirip dengan Moto Razr yang diumumkan lebih awal. Berbeza dengan Galaxy Fold pertama yang merupakan tablet yang boleh dilipat menjadi telefon.

Dalam gambar ini, skrin ini dilihat panjang seperti dalam nisbah 21:9. Ia memiliki lubang kecil di atas skrin, dipanggil Infinity-O yang memuatkan kamera hadapan. Skrin ini boleh dilipat dua di tengahnya menjadikan saiz telefon kepada separuh.



Apabila dilipat, terdapat skrin kecil di luar yang terletak di sebelah dwi-kamera belakang. Skrin ini hanya memaparkan masa, tarikh dan mungkin beberapa notifikasi. Terdapat ruang kosong yang besar di luar yang membolehkan skrin lebih besar digunakan, tetapi mungkin ia tidak dipasang untuk memberi ruang kepada bateri lebih besar di pasang.

Sebelum ini, Samsung telah memperlihatkan demo beberapa rekaan skrin boleh lipat untuk generasi kedua Galaxy Fold. Gambaran yang disebarkan ini adalah sangat serupa dengan demo yang Samsung pertontonkan itu. Tetapi masih ada banyak masa untuk Samsung memperbaiki sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

https://youtu.be/AZDl_SP-w9E

Selain dari gambar, tiada khabar mengenai spesifikasi telefon baru Samsung ini. Tetapi laman Sammobile meneka bahawa ia mungkin dipasang dua bateri berasingan seperti di Galaxy Fold kini dan salah satu bateri itu berkapasiti 900mAh. Seperti Moto Razr, disebabkan rekaan yang kecil ini, telefon Samsung ini juga mungkin akan menggunakan pemproses yang lebih jimat tenaga bersama bateri kecil.

Samsung telah melancarkan Galaxy Fold pada bulan Februari 2019, di majlis pelancaran Galaxy S10. Adakah Samsung akan mengulangi langkah yang sama semasa pelancaran Galaxy S11 yang dijangka akan diadakan pada Februai 2020?

Sumber: Weibo, PhoneArena

Tags: samsungSamsung Galaxy Fold 2
Najib

Najib

POPULAR

Telefon lipat Samsung ini nampak kurang menarik berbanding Moto Razr

Telefon lipat Samsung ini nampak kurang menarik berbanding Moto Razr

20 December 2019
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN