• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lihatlah Evolusi 5 Karakter Ikonik Ini Di Konsol PlayStation

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:06 pm
  • 23/12/2019
  • Komen
Lihatlah Evolusi 5 Karakter Ikonik Ini Di Konsol PlayStation
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam grafik 3 dimensi (3D) komputer, poligon adalah unit asas yang membentuk sesuatu imej. Lebih banyak poligon, lagi tinggi butiran sesuatu model 3D. Masalahnya, bilangan poligon yang mampu ditangani oleh komputer sangat berkait rapat dengan prestasi mesin tersebut.

Contoh paling baik adalah konsol Sony PlayStation.



PlayStation 1 diumumkan dalam tahun 1994

Diperkenalkan dalam tahun 1994, ia kini berada dalam generasi ke-4 dengan PS4 Pro (2016) adalah yang paling berkuasa setakat ini. 22 tahun julat antara konsol pertama dan yang terkini sudah tentu kemajuan teknologi yang signifikan berlaku dalamnya.

PlayStation 4 Pro diumumkan dalam tahun 2016

Sony di blog mereka menerbitkan sampel gambar evolusi 5 karakter ikonik mereka untuk anda lihat sendiri sejauh mana canggihnya konsol permainan sekarang berbanding yang asal.



Kazuya Mishima, siri Tekken

Salah satu karakter hero dalam permainan bergenre fighting ini hadir dalam setiap konsol, dariapda PS1 hingga ke PS4. Daripada bilangan poligon, di PS1 dia hanya ada 100 unit manakala di PS4 ada 2,800 pada wajahnya saja, itupun tidak merangkumi rambut dan bahagian dalam mulut.

Kratos, siri God of War

Salah satu karakter dalam permainan terbaik 2018, God of War ada 32 ribu unit poligon. Ia hampir 27 kali ganda lebih banyak poligon berbanding versi asal di PlayStation 2.

Rathalos, siri Monster Hunter

Permainan Monster Hunter muncul kali pertama di platform Sony melalui Playstation 2. Ia ada 1,390 unit poligon untuk membentuk wajahnya. Tapi Monster Hunter telah langkau PS3 dan terus ke Monster Hunter World di PS4. Rathalos di PS4 ada lebih 11 ribu poligon.

Palico, siri Monster Hunter

Peneman setia pemburu raksasa ini miliki cuma 144 unit poligon semasa diperkenalkan. Tapi di PS4, ia ada unit poligon hampir sama banyak dengan Rathalos. Lihatlah pada butiran bulu dan misai kucing ini. sekitar 11 ribu unit poligon.

Sir Daniel Fortesque, MediEvil

Ini adalah wajah watak utama dalam permainan MediEvil. Dalam tahun 1998, ia cuma ada 60 unit poligon tapi dalam konsol moden, ia ada lebih 1,700 unit poligon.

Sumber: PlayStation

Tags: Sonysony playstation
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lihatlah Evolusi 5 Karakter Ikonik Ini Di Konsol PlayStation

Lihatlah Evolusi 5 Karakter Ikonik Ini Di Konsol PlayStation

23 December 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN