• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

IBM Umum Sedang Bangunkan Bateri Sempurna, Pengganti Li-Ion

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:12 pm
  • 24/12/2019
  • Komen
Ini 10 Gajet Terbaik Sepanjang Dekad 2010
Share on FacebookShare on Twitter

Bateri adalah nadi untuk setiap gajet mudah alih. Tapi, kemajuannya tidak sepantas komponen elektronik yang lain. Puluhan dekad bateri sudahpun digunakan tapi tiada kemajuan signifikan boleh dilihat, kalau adapun, anda boleh lihat pada kaedah mengecas, contohnya di telefon pintar kita bakal terima yang boleh bekerja sekeras 100W.

Li–ion adalah teknologi bateri yang sudah berusia

Mereka di IBM ingin menyumbang pada teknologi bateri apabila mengumumkan sedang membangunkan bateri yang jauh lebih baik daripada bateri terbaik yang boleh ditawarkan pasaran masa ini iaitu bateri berasaskan litium-ion.



Menurut IBM, bateri ini menambah baik enam perkara yang tidak terdapat pada lithium-ion. Mereka adalah:

  1. Kos Rendah: Bateri ini bebas logam berat yang memakan sebahagian besar daripada kos penghasilan bateri li-ion.
  2. Pengecasan Pantas: Hanya 5 minit diperlukan untuk isi 80% kapasiti
  3. Kepadatan Kuasa Tinggi: Setiap liter elektrolit boleh menyimpan 10,000W kuasa
  4. Kepadatan Tenaga Tinggi: Boleh bekerja pada kadar 800Wh/L
  5. Cekap Tenaga: Lebih 90% kuasa boleh dituai daripada bateri dan bukannya hilang dalam bentuk haba dan lain-lain
  6. Elektrolit tak mudah terbakar
Daripada telefon hingga kereta, li-ion digunakan

IBM tidak memperincikan spesifikasi teknikal bateri ini tapi ia menggambarkan porduk ini akan digunakan dalam kereta elektrik masa depan. Untuk tujuan tersebut, mereka bekerjasa demgam pihak Mercedes-Benz dan beberapa pihak lain untuk melicinkan pembangunan bateri ini.



Tambahan pula, IBM tidak berkongsikan garis masa bilakah produk ini akan memasuki fasa pengkomersialan. Jadi bolehlah kita kategorikan sebagai “cakap-cakap” saja.

Usaha untuk mencari alternatif kepada li-ion bukanlah sesuatu yang baru, tempoh hari kami ada laporkan tentang bateri berasaskan seramik (LCB) yang agak selamat untuk digunakan. Selamat dariapda segi bebas elektronlit yang dipadatkan dalam bekas bertekanan tinggi yang jika ada lubang, tentunya letupan berlaku.

Tapi masalah dengan LCB adalah kepadatan tenaga yang rendah berbanding litium-ion sekarang. Maknanya, dalam saiz AA, li-thium ion mengandungi lebih tenaga berbanding LCB dalam saiz yang sama.

Sumber: IBM

Tags: bateriibm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Ini 10 Gajet Terbaik Sepanjang Dekad 2010

IBM Umum Sedang Bangunkan Bateri Sempurna, Pengganti Li-Ion

24 December 2019
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER