• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Socar kini menyediakan perkhidmatan sewa kereta antara bandar

  • OLEH Najib
  • 11:09 am
  • 26/12/2019
  • Komen
Balik kampung dengan SOCAR dan guna 48 jam percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Socar merupakan satu cara mudah untuk menyewa kenderaan terus dari aplikasi mudah alih. Tetapi pengguna perlu memulangkan semula kenderaan yang disewa, dari tempat ia diambil. Socar ada juga menawarkan perkhidmatan sewa sehala tetapi terhad untuk ke lapangan terbang KLIA sahaja.

Kini Socar mengumumkan mereka meluaskan perkhidmatan sewa sehala di antara bandar, dipanggil One-Way Intercity. Bermakna, anda boleh mengambil kereta Socar di Kuala Lumpur, kemudian pergi ke Johor Bahru dan memulangkannya di sana. Tidak perlu lagi membawa pulang ke lokasi asal di Kuala Lumpur.



Perkhidmatan One-Way intercity ini disediakan di beberapa lokasi khas di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang sahaja. Senarai penuh lokasi ini adalah seperti berikut:

Zon Pengambilan One-Way Intercity

Kuala Lumpur (Lembah Klang)

  • Bangsar – MidValley City – Zone C P1 Entrance
  • Bangsar – KTM Kuala Lumpur
  • Bukit Bintang – Lot 10 Shopping Centre – Valet Carpark
  • Mont Kiara – Desa Sri Hartamas
  • Wangsa Maju – Open Site – PV 128
  • Subang Jaya – Open site – Lot 50700
  • Subang Jaya – Everyday Mall
  • Cyberjaya – The Arc
  • PJ South – Open Site – Durian SS2
  • Shah Alam – KTM Batu 3

Johor Bahru

  • Ah Yit – Parking Lot
  • Nong Chik Riverside
  • KSL Hot Spring Resort
  • Sutera Mall

Pulau Pinang

  • Bayan Lepas – PS Bayan Baru
  • George Town – Lorong Kinta – Open Site
  • Butterworth – Tesco Extra Seberang Jaya

Zon Pemulangan One-Way Intercity

Kuala Lumpur (Lembah Klang)

  • Bangsar – MidValley City – Zone C P1 Entrance
  • Subang Jaya – Open Site – Lot 50700

Johor Bahru

  • Ah Yit – Parking Lot

Pulau Pinang

  • Bayan Lepas – Arena Curve

Dengan setiap sewaan Socar, pengguna turut menerima petrol percuma sebanyak 20km untuk setiap jam sewaan. Untuk sewaan sehari, pengguna akan menerima 240km petrol percuma. Selepas itu akan dikenakan caj RM0.35/km, bergantung kepada jenis kenderaan.



Untuk perhatian pengguna lama terutamanya, Socar tidak lagi menyediakan kad petrol di dalam kenderaan dan pengguan perlu membayar dahulu petrol dan membuat tuntutan selepas penggunaan. Jika memilih untuk pemulangan menerusi Socar Points, pengguna akan menerimanya terus pada masa itu bersama tambahan 10% nilai. Point ini boleh digunakan untuk membayar penggunaan Socar di masa akan datang.

Seperti perkhidmatan sehala ke KLIA yang dikenakan caj sehala RM50, perkhidmatan sehala antara bandar ini dilihat mengenakan caj sehala RM200. Tetapi ia masih dikecualikan buat masa ini, mungkin untuk menarik pengguna mencubanya dahulu.

Jika anda masih belum menggunakan Socar, anda boleh mendaftarnya secara percuma di sini.

Sumber: Socar

Tags: SOCARSocar Intercity
Najib

Najib

POPULAR

Balik kampung dengan SOCAR dan guna 48 jam percuma

Socar kini menyediakan perkhidmatan sewa kereta antara bandar

26 December 2019
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN