• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple ungguli tangga teratas model telefon pintar paling banyak dijual pada suku ketiga 2019

  • OLEH Najib
  • 11:51 am
  • 27/12/2019
  • Komen
7 tahun persengketaan Apple dan Samsung kini selesai
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum berakhirnya tahun 2019, Counterpoint Research telah mengeluarkan laporan jualan telefon pintar seluruh dunia bagi suku ketiga 2019 (Q319). Walaupun Samsung dan Huawei mendominasi dua tangga teratas bagi jumlah pengedaran keseluruhan, ia kelihatan berbeza apabila dilihat dari sudut jualan model sesuatu telefon pintar.

Dalam laporan Counterpoint ini, iPhone XR ditemui sebagai model telefon pintar yang paling banyak dijual pada Q319, dengan pegangan pasaran sebanyak 3.0%. Bukan ini sahaja, iPhone XR sebenarnya menduduki tangga pertama selama 4 suku berturut-turut, sejak suku keempat 2018 (Q418). Ini tidak menghairankan apabila iPhone XR sahaja, menyumbang kepada 1/4 jumlah jualan Apple. Malah, ia adalah model jualan terbaik di China dan beberapa negara lain. iPhone 11 yang dilancarkan pada Q319 juga telah melonjak ke tangga ke-5 dengan pegangan pasaran sebanyak 1.6%.



Samsung, selaku pengedar telefon pintar nombor satu dunia, memiliki tiga model telefon pintar yang berada di tahap 10 terbanyak dijual. Di tempat kedua adalah Galaxy A10, diikuti oleh Galaxy A50 di tangga ketiga. Masing-masing dengan pegangan pasaran sebanyak 2.6% dan 1.9%. Siri baru Galaxy A yang diperkenalkan tahun ini telah menjadi barisan model paling popular Samsung, dengan penawaran lebih baik seperti skrin AMOLED, bateri besar tetapi mengekalkan harga yang sangat kompetitif.

Oppo juga memiliki tiga model telefon pintar dalam senarai 10 teratas ini di mana A9 menduduki tangga keempat dengan 1.6% pegangan pasaran, diikuti oleh A5s di tangga keenam dengan 1.5% pegangan pasaran serta A5 di tangga kelapan dengan 1.3% pegangan pasaran.



Xiaomi pula memiliki satu model iaitu Redmi 7A di tangga kesembilan dengan 1.2% pegangan pasaran manakala wakil tunggal Huawei ialah P30 di tangga ke-10 dengan 1.1% pegangan pasaran. Agak mengejutkan, Huawei selaku pengedar nombor dua dunia hanya ada satu model, dan model kelas pertengahan atau awal mereka seperti siri Y dan Nova tidak termasuk di dalam senarai 10 terbaik.

10 model telefon pintar paling banyak dijual pada Q319 ini menggabungkan pegangan pasaran sebanyak 17.2%. Menurut Counterpoint, ini ialah perkembangan sebanyak 9% dari tahun-ke-tahun, berbanding Q318. Tetapi, keuntungan untuk 10 model terbanyak dijual ini menjunam sebanyak 30% disebabkan model kelas pertengahan dan kelas awal lebih banyak berada di dalam senarai.

Perkembangan ini bukanlah mengejutkan memandangkan telefon pintar kelas pertengahan kini memiliki spesifikasi yang jauh lebih baik di samping harga yang lebih mampu dimiliki. Dengan bajet RM1,000, pengguna kini boleh mendapatkan telefon pintar dengan tiga kamera belakang serta bateri 4,000mAh padanya. Dari senarai 10 terbanyak jualan ini, telefon yang berada di kelas teratas atau flagship hanyalah iPhone XR, iPhone 11 dan juga Huawei P30.

Counterpoint menambah, dengan perkembangan 5G yang semakin pesat pada tahun 2020, telefon pintar yang menyokong 5G mungkin akan termasuk dalam senarai 10 jualan terbaik 2020 sambil modle kelas pertengahan meneruskan momentum sebagai telefon pintar paling banyak dijual.

Sumber: Counterpoint

Tags: appleCounterpointiPhone XR
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
7 tahun persengketaan Apple dan Samsung kini selesai

Apple ungguli tangga teratas model telefon pintar paling banyak dijual pada suku ketiga 2019

27 Disember 2019
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER