• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Pesawat AirAsia mendarat kecemasan di Vietnam akibat powerbank meletup

  • OLEH Najib
  • 8:50 am
  • 31/12/2019
  • Komen
Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah pesawat AirAsia yang menuju ke Hong Kong dari Kuala Lumpur, terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana powerbank penumpang yang meletup semasa penerbangan. Pesawat AirAsia AK130 dari jenis Airbus A320 itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, 35 minit selepas letupan tersebut berlaku di udara.

Penumpang berbangsa China, melecur di badan melebihi 20% di badan termasuk di tangan kiri dan kaki kiri beliau akibat letupan itu. Semasa kejadian berlaku, kru kabin berjaya mengawal kebakaran dan menyimpan powerbank yang meletup di dalam bekas dengan selamat. Penumpang tersebut diberikan bantuan pertolongan cemas di dalam pesawat dan dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut selepas mendarat. Beliau keluar dari hospital itu keesokan harinya.



Penumpang lain di dalam pesawat tersebut terpaksa menunggu selama 17 jam sebelum pesawat ganti AirAsia tiba dan membawa mereka ke destinasi asal, Hong Kong. Pesawat yang mengalami letupan powerbank pula direhatkan untuk pemeriksaan keselamatan.

Pastikan powerbank asli dari jenama yang diyakini

Sementara tiada laporan rasmi menyatakan mengapa powerbank tersebut meletup di dalam pesawat, ia mungkin berlaku akibat powerbank tersebut tidak memiliki ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya. Ini boleh berlaku jika pengguna membeli powerbank dihasilkan oleh pengeluar yang mahu menjimatkan kos dengan mengabaikan ciri keselamatan.



Kerana itu, pengguna dinasihatkan untuk membeli powerbank dari pengeluar yang telah dikenali menghasilkan powerbank berkualiti tinggi kerana bateri powerbank mudah meletup, lebih-lebih lagi apabila berada di awan akibat tekanan udara yang tinggi.

Sumber: Tuoi Tre News, SimpleFlying

Tags: AirAsiapowerbank terbakar
Najib

Najib

POPULAR

Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf

Pesawat AirAsia mendarat kecemasan di Vietnam akibat powerbank meletup

31 December 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN