• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor ada sebuah telefon dengan skrin sangat besar di bawah RM1000

  • OLEH Najib
  • 6:57 pm
  • 03/01/2020
  • Komen
Honor ada sebuah telefon dengan skrin sangat besar di bawah RM1000
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda berminat dengan telefon pintar dengan skrin lebih besar dari 7-inci? Satu pilihan yang ada sebelum ini ialah Huawei Mate 20X tetapi harganya yang melebihi RM2,000 mungkin di luar jangkauan ramai. Ada satu pilihan dari Honor kini boleh didapati di Malaysia.

Honor 8X Max adalah sebuah peranti yang kini dijual di Malaysia pada harga hanya RM899. Bagaimanapun, ia bukanlah produk yang baru. Ini kerana Honor 8X Max telah dilancarkan di China pada bulan September 2018 bersama-sama Honor 8X. Bagaimanapun, hanya Honor 8X yang datang ke Malaysia selepas itu, tanpa Honor 8X Max.



Tidak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar ia mula dijual di Malaysia tetapi ia telah diiklankan oleh Honor Malaysia di Facebook mereka pada bulan Disember 2019. Dengan harga jualan RM899, ia boleh didapati dalam dua warna, biru dan hitam.

Sebagai model lama, sudah pasti perkakasnya juga agak lama. Tetapi Honor 8X Max tidak menggunakan pemproses Kirin, sebaliknya ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 660. RAM di dalamnya sebesar 4GB dan storan dalaman pula 128GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB.



Skrin Honor 8X Max sebesar 7.12-inci dari jenis LCD, dengan resolusi HD Penuh bersama takuk kecil di atas skrin yang memuatkan kamera hadapan 8MP. Kamera belakang pula hanya ada dua, kamera utama 16MP dan kamera kedua pengesan kedalaman 2MP.

Dengan skrin besar, telefon ini turut memiliki bateri yang besar. Kapasiti baterinya sebanyak 5,000mAh dan ia mengecas melalui port mikroUSB dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Pengimbas capjari fizikal pula terdapat di belakang badannya.

Telefon ini dilengkapi pembesar suara stereo dengan teknologi Dolby Atmos. Ia juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm untuk mereka yang masih meminati fon kepala berwayar.

Bukan mudah untuk mendapatkan telefon pintar dengan skrin lebih besar dari 7-inci. Honor 8X Max dengan skrin besar dan sistem bunyi stereo adalah satu pilihan yang bagus untuk yang gemar menonton video di telefon pintar. Mungkin ia memiliki teknologi lama tetapi dengan harga RM899, ia masih satu pilihan yang baik.

Kepada yang berminat untuk membelinya, boleh dapatkan Honor 8X Max di Stor Online HiHonor serta di kedai fizikal Honor Experience Store.

Tags: honorHonor 8X Max
Najib

Najib

POPULAR

Honor ada sebuah telefon dengan skrin sangat besar di bawah RM1000

Honor ada sebuah telefon dengan skrin sangat besar di bawah RM1000

3 January 2020
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN