• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Mungkin ini sebabnya Apple melangkau iPhone 9

  • OLEH Najib
  • 12:38 pm
  • 09/01/2020
  • Komen
Mungkin ini sebabnya Apple melangkau iPhone 9
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan iPhone 8 pada September 2017, Apple mengabaikan nombor 9 dan memperkenalkan iPhone X tidak lama selepas itu. Tidak diterangkan mengapa nombor 9 dilangkau, tetapi kini khabar mengenai kedatangannya kembali hangat diperkatakan.

Pembocor berita @OnLeaks baru-baru ini telah berkongsi gambaran telefon pintar Apple yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan awal tahun 2020. Menurut beliau, telefon ini tidak mengikuti rekaan terbaru siri X sebaliknya kembali pada rekaan lama iPhone 8. Kerana itu, ia mungkin akan membawakan nama iPhone 9, atau iPhone SE 2.



Rekaan telefon ini amat mirip iPhone 8 dengan skrin Retina Display berukuran 4.7-inci dengan butang Home yang dibina bersama pengimbas capjari Touch ID padanya. Ini berita baik untuk mereka yang tidak gemarkan pengimbas wajah Face ID. Sebagai telefon pintar baru, telefon ini akan dikuasakan oleh pemproses terbaru A13 Bionic yang sama seperti di siri iPhone 11.

Di bahagian kamera, hanya satu kamera terdapat di belakang dan ia mungkin menggunakan kamera 12MP yang sama seperti iPhone 11, bersama night mode serta penstabil rakaman video 4K. Bagi menjimatkan kos, di hadapan mungkin menggunakan kamera 7MP yang lama, tetapi jika ia menggunakan kamera 12MP, maka ia akan boleh merakam video 4K di hadapan.



Dari segi ukuran, badan telefon ini sedikit tebal, berukuran 7.8mm berbanding hanya 7.3mm di iPhone 8. Ini mungkin disebabkan penggunaan bateri lebih besar. @OnLeaks memaklumkan, badan belakangnya tidak akan menggunakan kaca jernih, sebaliknya kaca berkabus yang sama seperti di iPhone 11. Ini membolehkan ia menyokong pengecasan wayarles.

Sementara berita yang dibawakan oleh @OnLeaks agak tepat, beliau sendiri masih tidak dapat mengesahkan apakah nama rasmi untuk telefon pintar baru ini. Nama iPhone 9 mungkin digunakan kerana rupanya yang serupa dengan iPhone 8 menjadi kesinambungan untuk siri tersebut. Manakala iPhone SE 2 juga boleh kerana Apple memperkenalkan iPhone SE satu ketika dahulu dengan mengembalikan rekaan lama iPhone bersama kuasa terbaru, bagi menjimatkan kos dan tanda harga yang rendah.

Nama manakah yang lebih menarik untuk anda bagi iPhone versi bajet yang baru ini? Adakah anda akan memilihnya berbanding iPhone 11 atau iPhone XR?

Sumber: iGeeksBlog, @OnLeaks

Tags: appleiPhone SE 2
Najib

Najib

POPULAR

Mungkin ini sebabnya Apple melangkau iPhone 9

Mungkin ini sebabnya Apple melangkau iPhone 9

9 January 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN