• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Telefon gaming terhebat tahun lepas kini boleh dibeli lebih murah

  • OLEH Najib
  • 2:58 pm
  • 10/01/2020
  • Komen
Harga ROG Phone 2 di China jauh lebih murah dari generasi pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat permainan video di telefon pintar mudah alih, sudah pasti anda pernah mendengar tentang ASUS ROG Phone II. Ia adalah telefon pintar gaming yang kami sendiri berikan dua ibu jari naik kerana prestasi tingginya serta pelbagai fungsi khas untuk bermain permainan video.

Tetapi harga jualannya yang bermula dari RM3,499 membuatkan ia jauh dari jangkauan orang ramai. Tetapi ia bakal boleh dibeli dengan harga RM1,000 lebih murah dari ini.



DirectD, salah satu penjual telefon pintar terkemuka di Lembah Klang memaklumkan akan menjual ROG Phone II pada harga RM2,499. Ia berharga lebih murah kerana spesifikasi lebih rendah, iaitu RAM 8GB dan storan 128GB, berbanding versi Elite berharga RM3,499 yang ada RAM 12GB dan storan 512GB.

Menurut mereka, telefon ini akan mula dijual bermula hari ini, 10 Januari 2020 di cawangan Lembah Klang dan bermula 12 Januari 2020 di cawangan Pantai Timur. Ini adalah versi global yang berbeza dengan versi Tencent yang dijual di China kerana ia datang dengan perkakas Aero Case, penyejuk AeroActive Cooler II dan pengecas 30W bersama kabel USB-C ke USB-C.



ROG Phone II memiliki skrin berukuran 6.59-inci dari jenis AMOLED, dengan refresh rate 120Hz dan resolus HD Penuh. Skrin ini tiada takuk dan lubang kerana ASUS mengekalkan bingkai tebal untuk meletakkan kamera hadapan. Ini juga memberikan pengguna ruang menggenggam telefon tanpa tersentuh skrin. Bingkai tebal ini juga memuatkan pembesar suara stereo, menambah pengalaman bermain permainan video yang lebih mengasyikkan.

Kuasa telefon ini digerakkan oleh pemproses Snapdragon 855+, cip terbaik untuk telefon pintar pada tahun 2019. Ia datang bersama RAM 8GB atau 12GB, dan pilihan storan sehingga 1TB.

Untuk telefon sebesar ini, ia ada bateri superbesar 6,000mAh. Ia dicas pantas menggunakan piawaian QuickCharge 4.0 dan juga Power Direct (PD). Dalam kotak, pengecas 30W disediakan yang dikatakan mampu mengisi 66% bateri, kurang daripada sejam. Menariknya, telefon ini memiliki dua port USB-C untuk dipadankan dengan pelbagai aksesori tambahan.

Sebagai telefon pintar, ia turut dilengkapi kamera. Di hadapan, terdapat kamera 24MP di atas skrin dan di belakang pula, ada dua kamera iaitu kamera utama 48MP dan kamera ultra lebar 13MP. Sebagai telefon pintar gaming pula, telefon ini memiliki butang tambahan AirTrigger di sisi.

Bagi menjadikan pengalaman bermain permainan video yang lebih tinggi, pengguna boleh menambah pelbagai aksesori tambahan seperti Mobile Desktop Dock, TwinView Dock 2, Pro Dock, WiGig Display Dock Plus, ROG Kunai GamePad dan banyak lagi.

Sumber: DirectD

Tags: asusasus rog phone 2
Najib

Najib

POPULAR

Harga ROG Phone 2 di China jauh lebih murah dari generasi pertama

Telefon gaming terhebat tahun lepas kini boleh dibeli lebih murah

10 January 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER