• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook tidak jadi masukkan iklan di dalam WhatsApp

  • OLEH Najib
  • 5:32 pm
  • 17/01/2020
  • Komen
Pengguna diminta kemaskini WhatsApp segera ekoran spyware yang dibangunkan syarikat Israel
Share on FacebookShare on Twitter

Facebook pernah merancang untuk memasukkan iklan di dalam aplikasi permesejan WhatsApp, tetapi perancangan ini seperti telah dibatalkan. Perkara ini dilaporkan oleh The Wall Street Journal, di mana pasukan yang ditugaskan untuk membina iklan ke dalam WhatsApp, telah dibubarkan dan hasil kerja mereka telah dibuang dari dalam kod sumber WhatsApp.

Sebagai pemilik WhatsApp yang telah membelinya pada jumlah USD22 Bilion pada tahun 2014, Facebook pastinya mahu menjana pendapatan dari WhatsApp. Buat masa ini, ia masih bebas dari iklan tetapi perancangan lain yang dikatakan adalah, iklan di Status WhatsApp. Seperti yang telah sedia ada di Story Instagram.



Bagaimanapun, keinginan tinggi Facebook untuk memasukkan iklan ini telah membuatkan pengasas bersama WhatsApp, Jan Joum keluar dari Facebook pada tahun 2018. Seorang lagi pengasas WhatsApp, Brian Acton telah keluar lebih awal juga kerana masalah iklan dan data peribadi, dan sejak itu menjadi pengkritik tegar Facebook kerana beroperasi tanpa kawalan.

Pembatalan iklan ini telah membuatkan Facebook untuk memberi fokus kepada bahagian lain, seperti membolehkan perniagaan berkomunikasi dengan pelanggan dan menguruskan kenalan. Bagaimanapaun, Koum dan Acton sekali lagi menegur Facebook kerana fungsi permesejan komersial ini akan melemahkan lagi enkripsi hujung-ke-hujung WhatsApp.



Tetapi ini semua berlaku sebelum CEO Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan perancangan untuk bertukar ke sistem permesejan enkripsi bersepadu meliputi Facebook, WhatsApp dan Instagram. Pastinya sistem baru ini akan mengutamakan pemasangan iklan bersepadu, perkara yang paling penting untuk Facebook.

Sumber: The Verge, WSJ

Tags: Facebookwhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pengguna diminta kemaskini WhatsApp segera ekoran spyware yang dibangunkan syarikat Israel

Facebook tidak jadi masukkan iklan di dalam WhatsApp

17 January 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN