Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

e-Tunai Rakyat: GrabPay catat 6x lebih banyak pendaftaran dalam masa sehari e-Tunai Rakyat bermula

Satu hari selepas program e-tunai rakyat mula dijalankan, Grab, salah satu syarikat yang terpilih untuk menyediakan inisiatif ini memaklumkan pengguna mereka telah meningkat sebanyak 6x ganda. Ini termasuk pelanggan sedia ada mereka yang sebelum ini menggunakan tunai, kini beralih ke eWallet GrabPay.

Pengguna GrabPay yang telah menerima RM30 dari tuntutan e-tunai rakyat pula, sebanyak 20% telah mula menggunakannya di mana 70% dari mereka membelanjakannya di kalangan peniaga GrabPay. Grab menjagkakan bilangan ini akan terus meningkat pada masa akan datang.

GrabPay telah dilancarkan setahun yang lalu dan melihat budaya tanpa tunai akan menjadi sebahagian gaya hidup orang ramai di masa depan. Selepas diumumkan terpilih sebagai penyedia inisiatif e-tunai rakyat, Grab melihat terdapat minat orang ramai yang tinggi terhadap mereka.

Dari situ, Grab telah memperkukuh platform mereka bagi memastikan ianya stabil dan memberi impak minimum kepada pengguna apabila inisiatif ini dilancarkan. Terbukti, pengguna Grab kurang mengalami masalah membuat tuntutan di hari pertama berbanding dua lagi penyedia lain, iaitu Boost dan Touch n Go eWallet.

Grab adalah peneraju super app di Asia Tenggara yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan harian atas-permintaan seperti ride-hailing, makanan, pakej, penghantaran barangan runcit, pembayaran mudah alih dan perkhidmatan kewangan kepada jutaan pengguna di Asia Tenggara, merentasi 339 bandar di lapan buah negara.

Hari ini, aplikasi Grab telah dimuat turun ke lebih daripada 166 juta peranti mudah alih, memberikan pengguna akses kepada lebih 9 juta para pemandu, peniaga dan ejen. Grab mempunyai armada pengangkutan darat terbesar di rantau ini dan telah menyelesaikan lebih daripada 3 bilion tunggangan sejak penubuhannya pada tahun 2012.

Maklumat lanjut berkenaan tawaran Grab bagi pengguna e-tunai rakyat boleh dilihat di sini: Grab e-Tunai Rakyat

BACA  Tabung Haji Umum Dividen Pascazakat Sebanyak 3.05% Bagi Tahun Kewangan 2019