• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Wabak Coronavirus, penerbangan ke Wuhan dihentikan sehingga akhir Januari

  • OLEH Najib
  • 11:35 am
  • 24/01/2020
  • Komen
Wabak Coronavirus, penerbangan ke Wuhan dihentikan sehingga akhir Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Wabak Coronavirus yang berasal dari Wuhan, China dilaporkan telah meragut sekurang-kurangnya 17 nyawa. Kerajaan China juga telah mengambil langkah mengkuarantin bandar Wuhan dari akses keluar dan masuk. Sehubungan dengan itu, dua syarikat penerbangan dari Malaysia iaitu AirAsia dan Malindo Air telah mengumumkan pembatalan penerbangan ke Wuhan.

AirAsia

Dalam kenyataan rasmi AirAsia, mereka memaklumkan semua penerbangan ke Wuhan dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket akan ditangguh buat sementara waktu sehingga 28 Januari. Bagi yang telah menempah penerbangan ke Wuhan, mereka diberi 3 pilihan:



  1. Menukar penerbangan ke destinasi lain di China secara percuma, bergantung kepada kekosongan kerusi. Ia diberikan kepada penerbangan sehingga 29 Februari 2020 sahaja. ATAU
  2. Mengekalkan nilai tiket di dalam akaun AirAsia BIG untuk tempahan di masa akan datang. Nilai ini perlu ditebus dalam masa 90 hari dari tarikh penerbangan. Ia diberikan kepada penerbangan sehingga 29 Februari 2020 sahaja. ATAU
  3. Dapatkan bayaran balik sepenuhnya jika penerbangan dibatalkan. Ia diberikan untuk penerbangan keluar sehingga 15 Februari dan penerbangan pula antara 16 hingga 29 Februari 2020.

Penumpang yang mahu mendapatkan bayaran balik sepenuhnya, boleh memohon melalui AVA di laman AirAsia Support. Jika tempahan dibuat menerusi ejen, penumpang disarankan untuk membuat permohonan bayara balik melalui ejen tersebut.

Malindo

Semua penerbangan Malindo antara Kuala Lumpur dan Wuhan telah digantung serta merta. Penumpang yang memiliki tiket penerbangan antara 23 Januari hingga 8 Februari 2020 diminta untuk menghubungi Malindo di talian +603-78415388 atau pergi ke mana-mana pejabat tempahan tiket untuk bantuan lanjut.



Coronavirus

Wabak Coronavirus pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019 dan dilaporkan telah merebak ke lebih 20 daerah di China. Ia juga telah dikesan di Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Singapura dan Amerika Syarikat.

Di Malaysia pula, 4 orang telah disyaki dijangkiti Coronavirus tetapi ujian terhadap mereka didapati negatif.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, selain membawa penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan untuk digunakan apabila perlu.

Sumber: AirAsia, Malindo

Tags: AirAsiaCoronavirusMalindoWuhan
Najib

Najib

POPULAR

Wabak Coronavirus, penerbangan ke Wuhan dihentikan sehingga akhir Januari

Wabak Coronavirus, penerbangan ke Wuhan dihentikan sehingga akhir Januari

24 January 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN