• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Galaxy Note 10 Lite jauh lebih murah dari Galaxy Note 10

  • OLEH Najib
  • 1:02 pm
  • 28/01/2020
  • Komen
Harga Galaxy Note 10 Lite jauh lebih murah dari Galaxy Note 10
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Samsung kelas flagship yang lebih ringan akan datang ke Malaysia tidak lama lagi. Salah satu darinya ialah Galaxy Note 10 Lite yang menawarkan skrin dan bateri lebih besar bersama S Pen, tetapi pada harga lebih murah.

Sebelum diumumkan pelancarannya di Malaysia, harga untuk Galaxy Note 10 Lite kini telah terdedah. Menurut MDroid, harganya akan ditetapkan pada RM2,299. Harga ini masih belum boleh dikatakan rasmi tetapi ia jauh lebih murah dari harga rasmi di Eropah iaitu EUR 649 (about RM2,909). Tetapi, tiada khabar tentang tarikh jualannya di Malaysia.



Untuk perbandingan harga, Galaxy Note 10 256GB dengan skrin 6.3-inci berharga RM3,699 manakala Galaxy Note 10+ 256GB yang memiliki skrin 6.8-inci pula berharga RM4,199. Galaxy Note 10+ 512GB pula berharga RM4,799 di Malaysia. Jika benar harga ini, Galaxy Note 10 Lite 128GB adalah lebih murah RM1,400 dari Galaxy Note 10 256GB.

Selain harga, tiada maklumat tentang spesifikasi Galaxy Note 10 Lite di Malaysia didedahkan, sama ada menggunakan RAM 6GB atau 8GB. Galaxy Note 10 Lite memiliki skrin rata HD Penuh berukuran 6.7-inci dari jenis Super AMOLED. Ia dikuasakan oleh pemproses Exynos 9810 yang telah berusia 2 tahun, sama seperti yang digunakan oleh Galaxy Note 9.



Terdapat tiga kamera di belakng Galaxy Note 10 Lite iaitu kamera utama 12MP F1.7, kamera ultra lebas 12MP F2.2 dan kamera telefoto 12MP F2.4. Di hadapan pula, ia menggunakan kamera 32MP yang terletak di dalam lubang di atas skrin. Bateri di dalamnya sebesar 4,500mAh dan dikuasakan melalui USB-C.

Galaxy Note 9 dengan RAM 6GB dan storan 128GB boleh dibeli sekitar RM2,799 untuk set Malaysia atau RM2,299 bagi set import. Beberapa perkara lebih baik padanya berbanding Galaxy Note 10 Lite seperti skrin melengkung Super AMOLED QuadHD serta kalis air IP68. Pada pandangan anda, adakah Note 10 Lite lebih menarik dari Note 9?

Sumber: MDroid

Tags: samsungSamsung Galaxy Note 10 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Harga Galaxy Note 10 Lite jauh lebih murah dari Galaxy Note 10

Harga Galaxy Note 10 Lite jauh lebih murah dari Galaxy Note 10

28 January 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN