• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

“Virus” Ini Lebih Berbahaya Daripada nCoV Dan Telah Bunuh 138 Orang Dalam Masa 9 Hari

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:04 am
  • 28/01/2020
  • Komen
“Virus” Ini Lebih Berbahaya Daripada nCoV Dan Telah Bunuh 138 Orang Dalam Masa 9 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Sedang negara China bertungkus lumus membanteras pandemik koronavirus yang kini sudahpun merekodkan lebih 2,800 kes seluruh dunia dengan 80 kematian, kita dalam masa yang sama hadapi sesuatu yang membunuh lebih pantas daripada itu.

Statistik terkini jangkitan nCoV yang berasal daripada Wuhan

Sepanjang 9 hari OPS Selamat berlangsung sejak 18 Januari yang lalu, sebanyak 14,087 kemalangan telah dicatatkan dan daripada jumlah itu, 138 nyawa telah melayang. Ia menjadikan purata kematian sehari sekurang-kurangnya 15 orang.



Daripada 138 kematian, 94 daripadanya melibatkan penunggang motosikal dan penumpangnya. Negeri Selangor mencatatkan kemalangan tertinggi dengan 4,089 kes diikuti Johor (2,194), Kuala Lumpur (1,616), dan Pulau Pinang (1,147).

Polis Diraja Malaysia sudah pun keluarkan lebih 233 ribu saman pelbagai kesalahan. Enam kesalahan yang paling kerap berlaku adalah menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tak mematuhi lampu isyarat, melebih had laju, salah guna lorong kecemasan, memotong barisan, dan memotong di garisan berkembar.



Untuk perbandingan, OPS yang serupa bagi tahun 2019 mencatatkan 20,829 kemalangan dengan 216 kematian. OPS Sikap sempena Tahun Baru Cina ini akan berlangsung sehingga 1 Februari 2020.

Sumber: Bernama

Tags: cny 2020malaysiaops selamattahun baru cina 2020
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

“Virus” Ini Lebih Berbahaya Daripada nCoV Dan Telah Bunuh 138 Orang Dalam Masa 9 Hari

“Virus” Ini Lebih Berbahaya Daripada nCoV Dan Telah Bunuh 138 Orang Dalam Masa 9 Hari

28 January 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN