• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Menukar Lightning ke USB-C adalah membazir dan membuat pengguna marah

  • OLEH Najib
  • 7:53 pm
  • 29/01/2020
  • Komen
Menukar Lightning ke USB-C adalah membazir dan membuat pengguna marah
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Eropah baru-baru ini ingin mendesak Apple agar menerima penggunaan satu jenis pengecasan yang universal. Mereka mahukan Apple tidak lagi menggunakan port Lightning dan bertukar ke port USB-C yang digunakan oleh hampir semua pengeluar peranti lain.

Bagaimanapun, Apple tidak berhasrat untuk menuruti arahan tersebut. Menurut Apple, desakan Suruhanjaya Eropah ini boleh membantutkan inovasi, menghasilkan lautan sampah barangan elektronik yang terbuang dan membuatkan pengguna marah.



Dalam kenyataan mereka, Apple percaya desakan untuk menuruti penggunaan sambungan yang universal di telefon pintar akan membantutkan perkembangan inovasi, berbanding menggalakkan pertumbuhan. Malah, ia akan memberi lebih mudarat kepada pengguna di Eropah serta ekonomi secara keseluruhan.

Tambah Apple lagi, penguatkuasaan undang-undang tidak diperlukan kerana industri telah sedia berubah menuju ke arah penggunaan USB-C. Oleh itu, Apple berharap suruhanjaya akan mencari langkah lain yang tidak menghalang industri untuk terus menghasilkan inovasi.



Apple juga mencadangkan agar suruhanjaya memberi tumpuan kepada masalah lain pengecas yang lebih penting, iaitu sambungan kabel di kepala pengecas. Ini kerana langkah menyeragamkan sambungan ini lebih memberi manfaat kepada pengguna. Buat masa ini, penggunaan port USB-A menjadi kebiasaan tetapi banyak pengeluar telah mula menghasilkan port USB-C. Apatah lagi, terdapat banyak standard untuk pengecasan pantas seperti Qualcomm Quick Charge dan USB Power Delivery (USB-PD), selain Oppo, Vivo dan Huawei menghasilkan standard tersendiri. Apple kini telah menggunakan standard USB-PD di Macbook, iPad Pro dan iPhone.

USB-C (kiri) dan USB-A (kanan)

Satu kajian oleh Copenhagen Economics yang dibiaya oleh Apple menunjukkan, langkah menguatkuasakan peraturan ke arah sambungan universal ini akan memaksa pengguna Eropah berbelanja sekurang-kurangnya EUR1.5 bilion, berbanding manfaat penjimatan alam sekitar sebanyak EUR13 juta sahaja.

Suruhanjaya Eropah sebelum ini pada tahun 2009, telah mendapat kerjasama empat syarikat pengeluar telefon iaitu Apple, Samsung, Huawei dan Nokia untuk menandatangani memorandum persefahaman secara sukarela, bagi menyeragamkan penggunaan pengecas di telefon pintar pada tahun 2011. Perkara ini diihat tidak berjaya kerana Apple memperkenal pula sambungan Lightning sementara pengeluar lain bertukar dari mikro USB ke USB-C.

Satu kajian akan dibentangkan oleh Suruhanjaya Eropah awal bulan hadapan berkenaan impak penggunaan pengecas yang seragam.

Sumber: Reuters, Independent

Tags: apple
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Menukar Lightning ke USB-C adalah membazir dan membuat pengguna marah

Menukar Lightning ke USB-C adalah membazir dan membuat pengguna marah

29 January 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN