• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Xiaomi dengan kamera Hasselblad, bolehkah ia menjadi kenyataan?

  • OLEH Najib
  • 6:12 pm
  • 29/01/2020
  • Komen
Telefon Xiaomi dengan kamera Hasselblad, bolehkah ia menjadi kenyataan?
Share on FacebookShare on Twitter

Kamera masakini sudah menjadi satu elemen terpenting semasa membuat pilihan untuk membeli telefon pintar. Walaupun sesebuah telefon pintar itu memiliki perkakas kamera yang hebat, bantuan dari pemproses imej dan perisian boleh menjadikan hasil gambar lebih baik.

Xiaomi selaku salah satu pengeluar telefon pintar terkemuka dari China, popular dengan harga yang murah dan berprestasi tinggi, tetapi jarang kerana kehebatan kamera mereka. Mungkin mereka memerlukan elemen luar untuk meningkatkan kualiti gambar atau menarik minat pengguna, seperti yang dilakukan oleh Huawei bersama jenama kamera terkenal, Leica.



Perkara ini mungkin boleh menjadi realiti kerana baru-baru ini, Naib Presiden Xiaomi, Chang Cheng telah membuka satu undian di media sosialnya, Weibo. Dalam undian tersebut, beliau bertanyakan, adakah Xiaomi perlu bekerjasama dengan syarikat lain. Terdapat 4 pilihan dalam undian tersebut iaitu Canon, Nikon, Hasselblad dan “Tidak Perlu”.

Selepas ditutup, ia telah mengumpul sebanyak 4,250 undian dengan Hasselblad di tempat pertama (1,930 undian), diikuti oleh Canon (1,059 undian), Tidak Perlu di tempat ketiga (1,000 undian) dan Nikon di tangga terakhir (269 undian).



Bagaimanapun, Chang Cheng tidak memberi sebarang maklumbalas selepas menutup undian tersebut. Jika ia mahu menjadi kenyataan, ia mungkin tidak akan terjadi dalam masa terdekat. Buat masa ini, tidak boleh dikatakan dengan pasti, Xiaomi akan bekerjasama dengan Hasselblad.

Huawei dan Leica

Selain Huawei dan Leica, beberapa kerjasama lain antara pengeluar telefon pintar dengan jenama kamera adalah seperti Nokia dan Zeiss, serta Motorola dan Hasselblad. Ya, Hasselblad pernah bekerjasama dengan Motorola dalam menghasilkan aksesori mod tambahan untuk telefon pintar Motorola. Tetapi ia seperti tidak berpanjangan.

Adakah anda juga menyokong supaya Xiaomi mendapatkan kerjasama Hasselblad dalam penghasilan kamera di telefon pintar mereka? Huawei menikmati kejayaan yang luar biasa dengan kerjasama Leica, dan ia mungkin boleh juga membantu Xiaomi untuk telefon pintar mereka.

Sumber: PetaPixel, GizChina

Tags: Hasselbladxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Telefon Xiaomi dengan kamera Hasselblad, bolehkah ia menjadi kenyataan?

Telefon Xiaomi dengan kamera Hasselblad, bolehkah ia menjadi kenyataan?

29 January 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN