• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 14 dijangka menyokong lebih banyak iPhone

  • OLEH Najib
  • 5:38 pm
  • 31/01/2020
  • Komen
Satu mesej machai boleh musnahkan hidup pengguna iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu kelebihan terbesar memiliki iPhone ialah sokongan sistem operasi yang panjang. iOS 13 yang dilepaskan tahun lepas, menyokong sehingga iPhone 6s yang dilancarkan pada tahun 2015. Bermakna, telefon yang berusia 4 tahun masih menerima kemaskini iOS, berbanding kebanyakan telefon Android yang menerima maksima 2 tahun kemaskini.

Apple sering mengumumumkan kemaskini sistem operasi semasa persidangan Apple Worldwide Developers Conference (WWDC) di bulan Jun. Untuk tahun ini, dijangka Apple akan mengumumkan versi lebih baru iOS dan iPadOS.



Menariknya, dalam satu laporan dari laman Perancis, kemaskini iOS 14 yang akan dikeluarkan tahun ini akan menyokong semua telefon yang menerima kemaskini iOS 13. Bermakna, iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE akan dipanjangkan hayatnya ke satu tahun lagi, dengan kemaskini sistem operasi terbaru.

iPhone 6s

Tetapi senarai ini masih belum di peringkat akhir. Telefon yang disebut tadi mungkin akan dikeluarkan dari senarai sokongan iOS 14. Jadi senarai telefon yang dijangka akan menerima kemaskini iOS 14 ialah:



  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE
  • iPod touch (7th generation)

Perkara yang sama juga untuk iPadOS berasaskan iOS 14. Sumber yang sama mengatakan, Apple tidak akan memberi kemaskini terbaru ini kepada iPad mini 4 yang dilancarkan pada September 2015, serta iPad Air 2 yang dilancarkan pada Oktober 2014.

iPad Mini 4

Senarai iPad yang akan menerima iPadOS berasaskan iOS 14 adalah:

  • 12.9-inch iPad Pro (2018)
  • 11-inch ‌iPad Pro‌ (2018)
  • 10.5-inch ‌iPad Pro‌
  • 9.7-inch ‌iPad Pro‌
  • iPad‌ (7th gen)
  • iPad‌ (6th gen)
  • iPad‌ (5th gen)
  • iPad‌ mini (5th gen)
  • iPad Air (3rd gen)

Laman iPhoneSoft pernah membuat jangkaan senarai iPhone yang akan menerima iOS 13 sebelum ia dikeluarkan secara rasmi. Mereka menyatakan iPhone SE tidak akan menerima iOS 13 tetapi ternyata salah. Tetapi jangkaan mereka tepat terhadap iPhone yang tidak akan menerima iOS 13 iaitu iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Khabar angin kuat mengatakan Apple akan melancarkan telefon bajet baru, sama seperti konsep iPhone SE. Ia menggunakan rekaan lama seperti iPhone 8, tetapi memiliki perkakas berkuasa tinggi seperti iPhone 11. Ini membolehkan pengguna mendapatkan kuasa tertinggi di iPhone pada harga lebih rendah dari iPhone 11.

Sumber: MacRumors, iPhoneSoft

Tags: appleiOSiOS 14ipadipados
Najib

Najib

POPULAR

Satu mesej machai boleh musnahkan hidup pengguna iPhone

iOS 14 dijangka menyokong lebih banyak iPhone

31 January 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER