• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerani Bank di Kuantan suspek terbaru wabak berita palsu Koronavirus

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 31/01/2020
  • Komen
3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

Usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk mengekang penyebaran berita palsu berkenaan wabak Koronavirus di Malaysia, diteruskan lagi dengan penahanan suspek terbaru di Kuantan. Ini merupakan penahanan hari ketiga, selepas seorang ditahan pada hari Selasa dan empat orang di hari Rabu.

Pada hari Khamis, 30 Januari 2020, seorang suspek wanita yang berumur 28 tahun dan bekerja sebagai kerani bank, telah ditahan di Kuantan bagi membantu siasatan berhubung kandungan berita palsu. Berita palsu tersebut dimuat naik di laman Facebook pada 27 Januari 2020.



Turut sama dirampas dalam penahanan tersebut ialah telefon bimbit dan kad sim milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan palsu tersebut ke laman Facebook.

Sama seperti penahanan yang lain, suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Denda juga boleh dilanjutkan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabit kesalahan.



Malaysia has reported 8 cases so far. https://t.co/lTdIRS9tDq

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) January 30, 2020

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 8 kes posotif Koronavirus, semuanya dari warga China yang datang ke Malaysia. Kerajaan juga telah membatalkan visa buat pelancong China yang berasal dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei. Selain itu, semua penerbangan pergi/balik ke Wuhan ditangguhkan. Kerajaan Sabah pula menghentikan semua penerbangan dari China ke Sabah.

SKMM dan PDRM akan terus memantau dan mempergiatkan usaha mengawal penyebaran berita palsu untu menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang sah dan rasmi menerusi media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia di twitter @KKMPutrajaya dan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain itu, layari juga laman Sebenarnya.my untuk memastikan berita yang dterima adalah palsu atau benar. Jadilah pengguna internet yang bijak, semak dahulu sebelum sebar.

Sumber: SKMM

Tags: koronaviruspdrmSKMM
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC

Kerani Bank di Kuantan suspek terbaru wabak berita palsu Koronavirus

31 January 2020
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER