Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

4 lagi ditahan menjadikan jumlah tahanan berita palsu Koronavirus meningkat kepada 5 orang

Bagi mengekang wabak berita palsu dari menular dengan lebih pantas di media sosial, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan empat lagi individu yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai wabak koronovirus. Jumlah ini menjadikan seramai 5 orang telah ditahan atas kesalahan yang sama.

Empat orang ini ditahan di lokasi berbeza. Dua orang ditahan di Melaka, seorang di Alor Setar dan seorang di Kuantan. Kesemua suspek ditahan untuk diambil keterangan mereka.

Di Melaka, dua orang yang ditahan merupakan ahli farmasi berumur 25 dan 30 tahun. Mereka didapati memuat naik kandungan palsu wabak Koronavirus di Facebook pada 26 Januari 2020.

Di Alor Setar pula, suspek yang ditahan merupakan seorang tutor sambilan berusia 49 tahun. beliau juga disyaki memuat naik kandungan palsu di Facebook, pada 25 Januari 2020.

Manakala di Kuantan, suspek adalah pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang berumur 24 tahun. Beliau disyaki membuat kesalahan memuat naik kandungan palsu di laman Twitter pada 27 Januari 2020.

Bersama penahanan semua suspek ini, Polis dan SKMM turut merampasa empat unit telefon pintar, lima kad SIM dan dua kad memori yang dipercayai digunakan semasa memuat naik kandungan palsu tersebut.

Siasatan kesemua suspek dibuat berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Denda juga boleh dilanjutkan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabit kesalahan.

SKMM dan PDRM akan terus memantau dan mempergiatkan usaha mengawal penyebaran berita palsu untu menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang sah dan rasmi menerusi media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia di twitter @KKMPutrajaya dan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

BACA  Kematian ke-3 COVID di Malaysia, tentera akan dikerah pantau pergerakan

Selain itu, layari juga laman Sebenarnya.my untuk memastikan berita yang dterima adalah palsu atau benar. Jadilah pengguna internet yang bijak, semak dahulu sebelum sebar.

Sumber: SKMM