• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon baru Nokia ini diberi gelaran Captain America

  • OLEH Najib
  • 4:14 pm
  • 03/02/2020
  • Komen
Telefon baru Nokia ini diberi gelaran Captain America
Share on FacebookShare on Twitter

HMD Global telah mengumumkan akan mengadakan majlis pelancaran semasa pameran MWC di Barcelona, hujung bulan ini. Biasanya, mereka akan melancarkan beberapa model di MWC dan salah satu dari telefon tersebut mungkin telah dibocorkan maklumatnya.

Salah seorang pembocor berita terkemuka, Evan Blass telah berkongsi gambar sebuah telefon Nokia yang baru. Menurut beliau, telefon ini memiliki nama kod ‘Captain America’. Nama ini mungkin datang dari modul kamera bulat yang terdapat di belakang telefon ini.



Telefon ini berpotensi menggunakan nama Nokia 5.2. Ia dikatakan akan datang dengan RAM 6GB dan storan 64GB, dengan harga jualan USD180 (~RM740). Ia dijangka akan mula dijual pada 4 Mac, selepas dilancarkan hujung bulan Februari.

Dari gambar yang dikongsikan, dapat dilihat skrin hadapannya memiliki takuk kecil di atas. Bingkai di bawah agak tebal dengan logo Nokia padanya manakala di atas skrin dapat dilihat pembesar suara panggilan.



Di belakang pula, telefon ini memiliki 4 kamera di dalam sebuah modul bulatan, bersama LED Flash ditengahnya. Ia juga memiliki pengimbas capjari, memberi satu petunjuk bahawa skrin di depan dari jenis LCD, bukan OLED. Selain itu, terdapat cetakan yang menyatakan ia dihasilkan di China dan menggunakan nombor model TA-1234.

Tiada maklumat lain tentang telefon ini diperkatakan, terutama sekali tentang pemprosesnya. Jika info ini benar, telefon ini sangat berbaloi untuk dibeli pada tanda harga sebegini. Ia memiliki RAM 6GB, storan 64GB dan 4 kamera belakang, satu tanda harga yang belum pernah dipamerkan Nokia sebelum ini.

Mungkin ini langkah yang diambil HMD Global bagi memberi saingan kepada telefon pintar keluaran China. Adakah ‘Captain America’ dapat menarik minat orang ramai kepada Nokia? Kita nantikannya di majlis pelancaran MWC 2020 tidak lama lagi.

Sumber: @evleaks, Android Authority

Tags: hmd globalNokiaNokia 5.2
Najib

Najib

POPULAR

Telefon baru Nokia ini diberi gelaran Captain America

Telefon baru Nokia ini diberi gelaran Captain America

3 February 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN