• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DBKL tawar kadar kompaun khas serendah RM15 sepanjang bulan Februari

  • OLEH Najib
  • 6:35 pm
  • 04/02/2020
  • Komen
DBKL tawar kadar kompaun khas serendah RM15 sepanjang bulan Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pernah disaman oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana pelbagai kesalahan, bulan Februari ini adalah waktu terbaik untuk anda menyelesaikan saman tersebut. Ini kerana DBKL menawarkan kadar khas kompaun trafik untuk pembayaran saman kompaun dari 1 Februari sehingga 3 Mac 2020, dari serendah RM15.

Tawaran istimewa ini diberikan bersempena sambutan Hari Wilayah yang jatuh pada 1 Februari. Saman kompaun ini boleh disemak dan dibayar di semua kaunter DBKL, mana-mana cawangan Pos Malaysia serta dalam talian menerusi aplikasi MOBIS yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.



Orang ramai juga boleh mendapatkan tawaran istimewa membayar kompaun ini menerusi laman web www.myeg.com.my tetapi caj tambahan dikenakan sebagai bayaran pengurusan.

Menurut Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad, tawaran ini adalah tertakluk kepada kesalahan lalu lintas sahaja dan tidak termasuk kesalahan yang telah dibawa ke mahkamah yang dalam tindakan undang-undang atau telah disebut di mahkamah serta kes senarai hitam yang mempunyai waran tangkap.



Sehingga kini, DBKL telah membawa sejumlah 107,547 kes untuk didakwa ke mahkamah dan sehingga 31 Dis lepas, sebanyak 4,914 kes telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber: Awani

Tags: DBKLSaman
Najib

Najib

POPULAR

DBKL tawar kadar kompaun khas serendah RM15 sepanjang bulan Februari

DBKL tawar kadar kompaun khas serendah RM15 sepanjang bulan Februari

4 February 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN