• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C3 adalah telefon pertama datang siap dengan Android 10 dan Realme UI

  • OLEH Najib
  • 5:54 pm
  • 04/02/2020
  • Komen
Realme C3 adalah telefon pertama datang siap dengan Android 10 dan Realme UI
Share on FacebookShare on Twitter

Realme akan melancarkan telefon pintar paling mampu milik mereka, Realme C3 pada hari Khamis ini, 6 Februari 2020. Tetapi ia tidak menghalang mereka untuk menyebarkan lebih banyak maklumat tentangnya sebelum dilancarkan.

Laman mikro Realme C3 kini telah menambah satu lagi maklumat penting tentang telefon ini. Ia akan dikuasakan cip Mediatek Helio G70, menjadikan Realme C3 yang pertama menggunakannya. Ia dibina dengan proses 12nm dan memiliki 8-teras berkelajuan sehingga 2.0GHz.



Selain itu, Realme juga telah mengesahkan bahawa Realme C3 akan menjadi telefon pertama mereka datang siap dengan Realme UI. Realme UI adalah antaramuka baru yang dibina sendiri oleh Realme berasaskan sistem operasi Android 10.

Lain-lain maklumat yang telah sedia diketahui adalah RAM sehingga 4GB, storan sehingga 64GB serta bateri 5,000mAh di dalamnya. Skrinnya sebesar 6.5-inci bertakuk kecil. Ia memiliki dua kamera belakang dengan kamera utama 12MP F1.8 dan kamera kedua 2MP F2.4.



Apa yang tinggal ialah harganya. Ia pasti akan diumumkan pada majlis pelancarannya pada 6 Februari. Tetapi bila pula ia akan dijual di Malaysia? Harapnya Realme Malaysia mengambil langkah proaktif untuk membawanya segera ke sini.

Sumber: Realme

Tags: RealmeRealme C3
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Realme C3 adalah telefon pertama datang siap dengan Android 10 dan Realme UI

Realme C3 adalah telefon pertama datang siap dengan Android 10 dan Realme UI

4 February 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN