• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZTE dan LG Tarik Diri Daripada MWC 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:17 am
  • 05/02/2020
  • Komen
ZTE dan LG Tarik Diri Daripada MWC 2020
Share on FacebookShare on Twitter

MWC 2020 akan berlangsung kurang daripada tiga minggu daripada sekarang. Pada temasya pameran teknologi mudah alih terbesar dunia itu, secara tradisionalnya, banyak pengeluar telefon akan mengambil peluang untuk memperkenalkan produk terbaharu masing-masing. Tapi untuk tahun ini, dua daripadanya mengumumkan telah menarik diri daripada acara tersebut atas sebab keselamatan.

ZTE biasanya ada reruai yang besar di MWC 2020 (gambar)

ZTE dan LG, mereka mengaitkan ketakhadiran mereka kepada wabak Coronavirus yang sedang melanda sekarang. Ia tidak memelikkan kerana di sana, memang banyak jenama China membuka reruai pameran saban tahun. Di pihak ZTE, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan visa dan lain-lain dokumen perjalanan manakala di pihak LG, mereka berbuat demikian atas nasihat pakar.



Reruai LG di MWC (gambar)

Selain dua pegeluar tersebut, nama-nama besar yang lain setakat ini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitannya. Jadi lebih selamat untuk menganggap mereka akan hadir di MWC 2020.

Di pihak penganjur, GSMA telah menerbitkan kenyataan rasmi mereka tentang Coronavirus. Dalamnya, mereka telah mengambil beberapa langkah tambahan untuk mempertingkat keselamatan para peserta. Antaranya adalah:



  • Memperbanyak kiosk nyahkuman
  • Sokongan kesihatan diperkukuh
  • Lebih ramai staff kesihatan akan dikerahkan semasa temasya

Mereka juga berkata yang ketiadaan ZTE dan LG memberikan kesan minimum terhadap MWC 2020 dan ia tetap akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Sumber: Android Central, Gamber pemuka

Tags: lgmwcmwc2020ZTE
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

ZTE dan LG Tarik Diri Daripada MWC 2020

ZTE dan LG Tarik Diri Daripada MWC 2020

5 February 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN