• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hands-on: Galaxy Note 10 Lite, Banyak Yang Dikorbankan Untuk Jadikannya Termurah Dalam Keluarganya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:56 pm
  • 10/02/2020
  • Komen
Hands-on: Galaxy Note 10 Lite, Banyak Yang Dikorbankan Untuk Jadikannya Termurah Dalam Keluarganya
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk tahun 2020, kelihatan Samsung telah mengorak langkah untuk kuasai pasaran kelas harga patut apabila sejurus tahun ini bermula, sudah ada empat model telefon dalam kelas itu dilancarkan. Iaitu Galaxy A51, A71, S10 Lite, dan Note 10 Lite.

Galaxy A51 dan Galaxy A71 ada dua tahun jaminan dan perlindungan skrin retak eksklusif untuk tempahan awal

Ia berkemungkinan besar sebagai gerak balas terhadap harga flagship mereka yang semakin mahal dan menyebabkan terhasilnya jurang yang luas di bahagian tengah khususnya antara RM1,000 hingga RM2,500.



S10e miliki harga pelancaran RM2,699
Galaxy A80 yang specs tak seberapa dilancarkan pada RM2,499
Daripada A80, Reno 2 lebih berbaloi sebab harganya cuma RM2,299 dan specs lebih baik

Contohnya, dalam julat tersebut tak banyak pilihan produk dalam keluarga Samsung Galaxy.

Sebelum tahun 2020, kita ada Galaxy S10e yang dijual pada harga RM2,699. Kemudian, Galaxy A80 yang diumumkan di Bangkok dalam bulan Julai 2019 lalu pun sudah berharga RM2,499 dan ia ada specs lebih kurang OPPO Reno 2 yang berharga Cuma RM2,299 dan hadir dengan pengecasan pantas, bateri besar, dan kamera lebih baik.



Menerima tanda harga RM2,299, Galaxy Note 10 Lite diletakkan di tanda harga yang jauh lebih baik daripada Galaxy S10e dan A80. Bukan saja murah, spesifikasinya juga tak kurang hebat, lebih-lebih lagi pada bahagian S-Pen.

Namun, kekurangan paling nyata Galaxy Note 10 Lite berbanding dua saudara Note 10 yang lain adalah ketiadaan penarafan Ingress Protection 68 (IP68). Jadi, anda perlu lebih berhati-hari semasa gunakannya dalam persekitaran yang basah.

Secara ringkasnya, Galaxy S10 Lite miliki spesifikasi setara flagship 2018. Jadi, jangan terpedaya dengan frasa Lite di hujung namanya. Ia diperkasa Exynos 9810 (SoC Galaxy Note 9) yang digandingkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Kalau tak cukup, luaskannya saja menggunakan slot khas yang menyokong kad sehingga 2TB.

Di bahagian muka, anda dihidangkan dengan panel Super AMOLED sebesar 6.7” beresolusi FHD+. Di bahagian dahi ada lubang di tengah bagi menempatkan kamera selfie 32MP.

Memegang Galaxy Note 10 Lite buatkan anda rasa seperti memegang Galaxy S. Saya katakannya sebegitu sebab rekaan sisinya tak sekuboid Galaxy Note 10/10+. Bahagian belakang Note 10 Lite lebih melengkung, walaupun ada S-Pen. Jadi, tahap ergonomiknya lebih tinggi saya katakan berbanding Note 10 yang lain dan mengingatkan saya pada Galaxy Note 6.

Walaupun tak kuboid sangat, masih ada ruang untuk S Pen

Beralih ke jabatan pengimejan pengimejan, Galaxy Note 10 Lite menampilkan rekaan seperti kebanyakan telefon tahun 2020-nya iaitu menempatkan komponen kamera dalam modul berbentuk segi empat. Kalau anda pandang telefon dari sisi, bonjolan kamera yang boleh dicerap sangat minimum. Ia mungkin disebabkan kehadiran bateri besar 4,500mAh untuk membekalkan tenaga kepada telefon ini.

Bateri sebesar itu bermakna Note 10 Lite ada bateri 1,000mAh lebih besar berbanding Note 10/10+.

Trikamera belakang, semuanya guna sensor 12MP
Bonjolan kamera yang sangat minimum

Ada tiga buah kamera boleh digunakan. Bagusnya kamera pada Note 10 Lite ini adalah ketiga-tiga kamera gunakan kamera 12MP tapi berlainan jarak fokal dan bukaan apertur. Kamera kedua dan ketiga telefon ini masing-masing bersudut pandang lebar dan telefoto.

Berikut adalah sampel gambar daripada lensa Galaxy Note 10 Lite.

  • 0.6x
  • 1x
  • 2x
  • Zum maksimum

Untuk rakaman video, ada pilihan sehingga 4K60 jika gunakan kamera belakang. Tapi, untuk gunakan fungsi Super Steady, hanya resolusi FHD boleh digunakan.

Jika anda gunakan Note 10 Lite untuk melayani kandungan multimedia, ia tidak didatangkan dengan speaker stereo tapi anda masih boleh gunakan earfon berkabel anda kerana ia ada jek audio 3.5mm yang terletak di sebelah USB-C.

Sejurus keluar kotak, Note 10 Lite menjalankan sistem operasi Android 10 yang disalutio One UI versi 2. Berikut adalah rupa antara muka yang anda temui semasa gunakannya.

Yang terakhir saya ingin kongsikan adalah S Pen, ciri ikonik yang menjadi identiti Galaxy Note 10 Lite. Stailus Note 10 Lite tidak mewarisi ciri Air Gesture dariapda Note 10 yang lebih mahal. Jadi, tiadalah aksi Harry Potter untuk mengawal telefon. Tapi, ia masih boleh mengawal telefon dari jauh seperti menekan shutter dan sebagainya.

Sebagai rumusan, Galaxy Note 10 Lite adalah Note termurah dalam keluarga Note 10. Namun, perlu ada beberapa bahagian yang dikorbankan. Selain tak kalis debu/air IP68, S-Pen telefon ini tiada Air Gesture.

Tapi, untuk spesifikasi teknikal, ia adalah sebuah telefon yang ada specs berkelas flagship 2019. Baterinya 4,500mAh dan ada pengecasan pantas cumanya, tiada fungsi reverse wireless charging.

Panel paparan agak besar, pada 6.7″, yang menggunakan panel Super AMOLED. Specs kamera agak baik, terutama kamera selfie yang ada sensor 32MP.

Jadi, apa pendapat anda tentang Galaxy Note 10 Lite? Adakah Note termurah dalam tahun 2020 ini mampu berikan pengalaman stailus sebaik saudaranya yang lebih mahal?

Galaxy Note 10 Lite dijual pada harga RM2,299 dan boleh dibeli di pautan ini.

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy noteSamsung Galaxy Note 10 Lite
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hands-on: Galaxy Note 10 Lite, Banyak Yang Dikorbankan Untuk Jadikannya Termurah Dalam Keluarganya

Hands-on: Galaxy Note 10 Lite, Banyak Yang Dikorbankan Untuk Jadikannya Termurah Dalam Keluarganya

10 February 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER