Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Celcom Mega, Pelan Baru Yang Benarkan Anda Tukar Pelan Setiap Bulan Tanpa Penalti

Kalau anda pergi ke laman rasmi Celcom sekarang, mereka tak lagi tawarkan pascabayar Gold dan Platinum. Hal ini kerana, mereka telah overhaul penawaran pascabayar mereka.

Kali ini, mereka hadir dengan Celcom Mega Postpaid. Melihat pada spesifikasi pelan itu, ia agak fleksibel dan mesra pengguna.

Bagusnya produk ini adalah, kalau anda tak puas hati dengan yang sekarang, anda boleh tukar dengan pelan baru tanpa sebarang bayaran tambahan.

Sebelum melanggan pas kegemaran, anda perlu ada pelan asas Celcom Mega terlebih dahulu. Pada komitmen bulanan RM80 anda terima 30GB data mentah berkelajuan pantas.

Dalam pelan asas, selain 30GB data Internet, pelanggan turut nikmati servis suara tanpa had ke semua rangkaian.

Sesudah ada pelan asas, barulah anda boleh pertimbangkan pas mana yang anda berminat.

Asasnya pas Celcom Mega terbahagi kepada dua cabang iaitu:

  • Mega Unlimited
  • Mega Lightning

Mega Unlimited berikan anda akses tanpa had kuota tapi kelajuannya dihadkan. Ada dua pas yang boleh anda langgan dibawah Mega Lightning iaitu:

  • Mega Unlimited M (kelajuan dihadkan kepada 5Mbps)
  • Mega Unlimited L (kelajuan dihadkan kepada 15Mbps)

Fungsi hotspot juga ada, tapi ada kuota khas bulanan untuknya. Unlimited M berikan anda kuota hotspot sebanyak 5GB manakala Unlimited L sebanyak 10GB.

Untuk pelanggan yang perlukan kelajuan maksimum Internet, mereka boleh langgan mana-mana pas dibawah Mega Lightning iaitu:

  • Mega M (RM18/bulan/10GB)
  • Mega L (RM68/bulan/30GB)
  • Mega XL (RM108/bulan/70GB)

Manfaat yang ada peroleh sekiranya anda langgan pas Mega Lightning adalah, anda boleh “jual” semula data yang tak digunakan.

Untuk waktu terhad, Celcom akan berikan RM5 dalam bentuk e-Tunai ke dompet Boost anda untuk ditukarkan dengan 10GB. Tawaran terhad ini berlangsung selama dua bulan bermula sekarang dan terhad kepada 10GB/RM5 untuk setiap kitaran bil.

BACA  Internet dan kredit percuma untuk tambah nilai di Maybank2u atau MAE

Untuk Mega XL, anda terima satu lagi add-on tambahan iaitu perayauan percuma ke 12 negara berikut:

  1. Bangladesh
  2. Brunei
  3. Cambodia
  4. Indonesia
  5. Laos
  6. Myanmar
  7. Nepal
  8. Philippines
  9. Singapore
  10. Sri Lanka
  11. Thailand
  12. Vietnam

Di bawah Celcom Mega, anda boleh tambah sehingga 3 talian tambahan pada komitmen bulanan RM40/talian.

Setiap talian tambahan akan menerima kuota sebanyak 15GB/bulan dan manfaat panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Kalau data talian prinsipal terlalu banyak, langgan saja pas INTERNETshare pada RM5/bulan dan semua kuota dihimpunkan di satu tempat dan boleh digunakan dalam kalangan ahli kumpulan.

Penawaran tanpa had U Mobile
Penawaran tanpa had Unifi
Penawaran tanpa had Digi

Sudah tentu ramai akan bandingkannya dengan Umobile GX12, Umobile GX30, Umobile GX50, Unifi RM59, Digi Postpaid Unlimited, dan sebagainya.

Selain penawaran yang mewah, paling penting adalah cakupan servis. Tak bergunalah jika puluhan ringgit dihabiskan sebulan tapi sambungan Internetnya kejap ada, kejap tiada.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.