• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton X70 2020 baru dilancar dengan fungsi dan teknologi lebih canggih

  • OLEH Najib
  • 5:07 pm
  • 12/02/2020
  • Komen
Proton X70 2020 baru dilancar dengan fungsi dan teknologi lebih canggih
Share on FacebookShare on Twitter

Kenderaan utiliti sukan (SUV) keluaran Proton, hari ini dilancarkan dengan versi terbaharu. Proton X70 2020 ialah SUV pertama dikeluarkan dari kilang proton di Tanjung Malim, kini dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi terkini bagi memberikannya lebih nilai.

Pengerusi PROTON, Dato’ Seri Syed Faisal Albar berkata, “Proton X70 2020 adalah pencapaian besar syarikat kerana ia bukan sahaja menjadi model pertama yang dihasilkan melalui kilang pengeluaran baharu tetapi juga kerana kami berjaya mencapai tahap kualiti lebih baik berbanding model yang kami lancarkan 14 bulan lalu. Pelancaran Proton X70 2020 juga menandakan PROTON telah melengkapkan barisan model-model sedia adanya. Pada 2019, Syarikat telah melancarkan versi terbaharu Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga dan selepas pada hari ini, setiap model yang dijual oleh PROTON telah dikemaskini dan dihasilkan di Malaysia”.



Proton X7 2020 kini ditawarkan dalam empat varian berbeza, tetapi kali ini ia tidak lagi menawarkan varian All Wheel Drive (AWD). Varian Standard masih ditawarkan kepada pelanggan dan diikuti oleh Eksekutif. Eksekutif AWD telah digugurkan, jadi varian seterusnya ialah Premium dan Premium X dengan pilihan tambahan.

Harga jualan Proton X70 2020 (tanpa insuran) adalah seperti berikut:



  • Proton X70 2020 Standard 2WD – RM94,800
  • Proton X70 2020 Executive 2WD – RM106,800
  • Proton X70 2020 Premium 2WD – RM119,800
  • Proton X70 2020 Premium X 2WD – RM122,800

Semua varian datang dengan enjin petrol 1.8L TGDI bersama kotak gear Transmisi Klac Berkembar tujuh kelajuan (7-DCT) yang baru. Gandingan baru ini menghasilkan 5% tork lebih tinggi kepada 300Nm dari 1,750
hingga 4,000rpm. Janaannya kekal pada 184 PS pada 5,500 rpm dan ia 13% lebih cekap bahan api dari sebelumnya, sekaligus dianugerahkan status kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Semua varian dilengkapi dengan sistem keselamatan enam beg udara SRS, tempat duduk belakang yang mempunyai ISOFIX beserta penambat utama, Sistem Brek Anti-Kekunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Penahan Brek Auto, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Mula Mendaki (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Proton juga menawarkan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) di semua varian. Menggunakan kad eSIM, ia boleh menstrim muzik dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara melalui skrin sentuh bersaiz 8 inci. Satu lagi fungsi yang turut kekal adalah aplikasi Proton Link, yang membolehkan pemiliknya terus berhubung dengan kenderaan mereka melalui peranti mudah alih dan mencipta profil memandu berdasarkan jarak perjalanan, kecekapan bahan api dan masa perjalanan disamping turut memberi maklumat mengenai jadual servis kenderaan mereka.

Varian Standard datang dengan rim aloi 17-inci, manakala Executive diberikan rim aloi 18-inci. Varian Premium dan Premium X pula memiliki rim aloi sebesar 19-inci dengan sistem pemantauan tekanan tayar. Lain-lain perbezaan antara varian adalah seperti berikut:

Proton X70 2020 telah diuji secara teliti untuk memastikan model ini dapat menempuh keadaan pemanduan jalan raya sebenar yang dihadapi oleh pengguna jalan raya di Malaysia. Ia juga telah diuji kebolehannya oleh jurutera-jurutera pembangunan PROTON dengan pandu uji lebih daripada 2 juta kilometer untuk memastikan keteguhan kenderaan itu dan sistemnya.

Tags: protonproton x70Proton X70 2020
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Proton X70 2020 baru dilancar dengan fungsi dan teknologi lebih canggih

Proton X70 2020 baru dilancar dengan fungsi dan teknologi lebih canggih

12 February 2020
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER