• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amerika mahu perketat sekatan Huawei dari menghasilkan cip di luar negara

  • OLEH Najib
  • 6:33 pm
  • 18/02/2020
  • Komen
Amerika mahu perketat sekatan Huawei dari menghasilkan cip di luar negara
Share on FacebookShare on Twitter

Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan perdagangan ke atas Huawei sejak Mei tahun lepas. AS kini dikhabarkan mahu meluaskan lagi sekatan tersebut, untuk menghalang Huawei dari menghasilkan cip mereka sendiri.

Reuters melaporkan, sumber dalaman mereka menyatakan kerajaan AS mahu meminda undang-undang agar membenarkan AS menghalang sebarang bentuk penghantaran cip kepada Huawei. Ia bakal memberi kesan besar kepada syarikat seperti TSMC, penghasil cip terbesar di dunia.



Dalam cadangan pindaan undang-undang tersebut, kerajaan AS mahu mewajibkan semua syarikat di luar AS yang menggunakan perkakas pembuatan cip dari AS, mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum membekalkan cip tersebut kepada Huawei. Langkah ini diambil AS untuk meluaskan penguatkuasaan mereka ke atas syarikat yang tidak berurusan secara terus dengan kerajaan AS.

Huawei menerusi anak syarikatnya HiSilicon, membina dan mencipta cip mereka sendiri, Kirin tetapi dihasilkan menerusi pihak ketiga seperti TSMC, yang berpusat di Taiwan. Selain Huwaei, TSMC turut menghasilkan cip untuk Apple dan Qualcomm.



Beberapa pegawai kerajaan AS dilihat tidak mahu meningkatkan kemarahan kerajaan China, yang baru menandatangani perjanjian perniagaan dengan AS. Sekatan yang terlampau dilihat akan memacu inovasi teknologi ke luar AS sekaligus memberi manfaat kepada negara luar.

Reuters menambah, pindaan ini mungkin mengambil tempat pada bulan November. Ketika dihubungi, Jabatan Perdagangan AS menolak untuk memberi komen berkenaan pindaan ini. Huawei tidak memberi balasan apabila diminta manakala TSMC menolak untuk memberi jawapan terhadap soalan berbentuk kemungkinan.

Sumber: Reuters

Tags: donald trumpHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Amerika mahu perketat sekatan Huawei dari menghasilkan cip di luar negara

Amerika mahu perketat sekatan Huawei dari menghasilkan cip di luar negara

18 February 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER