• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa beza kamera 108MP di Galaxy S20 Ultra dan Mi Note 10?

  • OLEH Najib
  • 5:10 pm
  • 18/02/2020
  • Komen
Apa beza kamera 108MP di Galaxy S20 Ultra dan Mi Note 10?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy S20 Ultra adalah telefon pintar pertama dari Samsung dilengkapi kamera 108MP. Bagaimanapun, sudah ada telefon pintar lain yang menggunakan kamera 108MP terlebih dahulu, seperti Xiaomi Mi Note 10 yang dilancarkan hujung tahun lepas. Walaupun kedua-duanya menggunakan sensor kamera 108MP yang dihasilkan Samsung, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-duanya.

Xiaomi Mi Note 10

Telefon pintar terbaru Samsung ini menggunakan sensor imej yang lebih baharu, dikenali sebagai Samsung ISOCELL Bright HM1. Selain mengambil gambar 108MP, ia juga boleh merakam video dengan resolusi sehingga 8K 24fps. Ia menggunakan sensor bersaiz 1/1.33″ dengan saiz piksel berukuran 0.8-mikron.



Manakala di Xiaomi Mi Note 10, ia menggunakan sensor kamera 108MP pertama keluaran Samsung, iaitu ISOCELL Bright HMX. Ia turut menangkap gambar sehingga 108MP tetapi keupayaan merakam video hanya sehingga 6K 30fps sahaja. Tetapi Xiaomi meletakkan rakaman video sehingga 4K sahaja di Mi Note 10. Saiz sensornya sama, 1/1.33″ dengan saiz piksel 0.8-mikron.

Perbezaan paling utama antara Mi Note 10 dan Galaxy S20 Ultra ialah teknologi penggabungan pixel (Pixel-binning). Di sensor imej HMX, teknologi Tetracell membolehkan ia menggabungkan 4-piksel terdekat, menjadi satu piksel besar berukuran 1.6-mikron. Di HM1 pula, ia memiliki teknologi Nonacell yang menggabungkan 9-piksel berhampiran menjadi satu piksel bersaiz 2.4-mikron.



Teknologi gabungan ini memberikan prestasi tangkapan gambar malap yang lebih baik. Menurut Samsung, Nonacell boleh menyerap cahaya dua kali lebih banyak dari Tetracell, ia boleh menjadikan tangkapan gambar malap yang lebih cerah.

9 piksel kecil bergabung menjadi 1 piksel besar

Selain Pixel-Binning, sensor baru HM1 juga memiliki teknologi baru yang lain. Antaranya ialah Smart-ISO yang menggunakan teknologi kecerdasan pintar untuk memilih ISO optimum, bagi menjadikan gambar lebih menarik dan cerah. Serta teknologi HDR masa nyata yang mengawal tahap pendedahan, untuk memberikan gambar dan video kelihatan semulajadi.

Zum juga merupakan salah satu dari perkara utama di Galaxy S20 Ultra. Dengan sensor HM1 108MP, ia berupaya memberi zum lossless sehingga 3x tanpa menjejaskan kualiti gambar. Ia dihasilkan dari proses penggantian piksel dilakukan menggunakan perkakas terbina di dalam sensor, bukannya di bawa ke cip pemproses utama. Jadi, ia boleh mengambil gambar 108MP menjadi 12MP dengan 3x zum, sambil kualiti gambar terkawal.

Sumber: Samsung, Dpreview

Tags: samsungSamsung Galaxy S20Samsung Galaxy S20 Ultraxiaomixiaomi mi note 10
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Apa beza kamera 108MP di Galaxy S20 Ultra dan Mi Note 10?

Apa beza kamera 108MP di Galaxy S20 Ultra dan Mi Note 10?

18 February 2020
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER