• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Mi Note 10: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:44 pm
  • 03/12/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar dengan kamera 108MP pertama di dunia kini dah tiba di Malaysia. Mi Note 10 telah rasmi dilancarkan di Malaysia, membawakan kuasa lima kamera belakang bersama kamera utama berkuasa 108MP. DxOMark juga telah meletakkan Mi Note 10 di tangga pertama aras ujian mereka, setanding dengan Huawei Mate 30 Pro.

Xiaomi Malaysia mengumumkan ketibaan dua model telefon pintar terbaru mereka, Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro. Kedua-dua telefon ini memiliki rupa bentuk dan perkakas yang hampir sama dalam semua perkara, kecuali pada kamera, RAM dan storan dalaman.



Khabar angin yang mengatakan Mi Note 10 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 855 rupanya salah. Sebaliknya ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 730G yang sama dengan Mi Note 10. Tetapi versi Pro memiliki RAM sebanyak 8GB dan storan 256GB berbanding versi bukan Pro dengan RAM 6GB dan storan 128GB sahaja.

Mi Note 10 akan dijual di Malaysia pada harga RM2,099 manakala Mi Note 10 Pro pula berharga RM2,499. Ia dijual bermula dari 7 Disember 2019. Terdapat 3 warna boleh dipilih iaitu putih, hitam dan hijau.



Tarikan utama telefon ini ialah pada gandingan lima kamera belakangnya. Spesifikasi kamera ini sama untuk kedua-dua model iaitu kamera utama 108MP F1.69, kamera potret 12M F2.0 dengan 2x zum optikal, kamera ultra lebar 20MP F2.2, kamera ultra telefoto 2MP F2.0 berkeupayaan 5x zum optikal, 10x zum hibrid dan 50 zum digital, serta 2MP kamera makro.

Satu perkara di kamera yang membezakan kedua-dua telefon ini ialah pada kamera utamanya. Versi bukan Pro dilengkapi lensa 7P atau 7 elemen optikal manakala di Pro pula kamera utamanya dipasang lensa 8P. Ini memberikan kualiti gambar yang lebih baik di kamera utama Mi Note 10 Pro.

Terdapat dua jenis LED Flash di belakang, satu darinya memberikan cahaya lembut dan satu lagi cahaya biasa. Penstabil imej optikal pula terdapat di kamera utama dan kamera ultra telefoto. Rakaman video pula sehingga resolusi Ultra HD 4K sehingga 30fps, serta gerak perlahan 1080p sehingga 240fps dan 720p sehingga 960fps.

Kamera hadapan untuk Mi Note 10 dipasang dengan resolusi 32MP F2.0, terletak di dalam takuk kecil di atas skrin. Ia dilengkapi teknologi super piksel 4-dalam-1 untuk memberikan hasil tangkapan lebih cerah.

Skrin untuk telefon ini menggunakan paparan AMOLED melengkung 3D di sisi, dengan resolusi HD Penuh dan takuk kecil di atasnya. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 di depan dan belakang serta pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Telefon ini terasa sangat berat di tangan berbanding telefon lain. Ini kerana ia dipasang dengan bateri besar 5,260mAh dan dicas melalui port USB-C. Telefon ini menyokong pengecasan pantas 30W dan Xiaomi turut memberi pengecas 30W di dalamnya. Dikatakan boleh penuh dalam masa 65 minit sahaja.

Mi Note 10 tiada slot kad mikroSD dan tidak kalis air, tetapi Xiaomi masih mengekalkan jek audio 3.5mm serta pemancar infra merah untuk kawalan jauh. Pembesar suara juga hanya mono, terletak di bawah telefon. Sistem operasi MIUI 11 menjadi antaramuka di Mi Note 10, tetapi ia berasaskan sistem operasi Android 9 Pie.

Tags: xiaomixiaomi mi note 10Xiaomi Mi Note 10 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER