• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 9 dan iPad Pro dengan tiga kamera akan dilancar seawal bulan Mac

  • OLEH Najib
  • 2:12 pm
  • 19/02/2020
  • Komen
iPhone 9 dan iPad Pro dengan tiga kamera akan dilancar seawal bulan Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Kita telah mendengar banyak berita tentang telefon bajet iPhone yang akan dilancarkan awal tahun ini. Dalam berita terbaru, ia dikatakan akan dilancarkan pada bulan Mac dan dijual seawal minggu pertama April 2020.

Bloomberg, melaporkan, walaupun Apple berdepan masalah pengeluaran disebabkan penyebaran COVID-19, jadual pelancaran model baru iPhone masih mengikut perancangan asal. Laman web iPhone-ticker pula memaklumkan, ia akan dilancarkan pada 31 Mac iaitu hari Selasa dan kebiasannya, tempahan awal dibuka pada hari Jumaat minggu yang sama dan mula dijual pada hari Jumaat seterunsnya.



Berdasarkan pelancaran iPhone 11 yang lepas, orang ramai di Malaysia boleh mula membelinya seminggu selepas ia dijual di Singapura dan negara lain yang berada di gelombang pertama jualan. Jadi, kita boleh menjangka perkara yang sama untuk telefon pintar baru Apple ini tiba di Malaysia, sekitar minggu kedua April.

Gambaran iPhone 9

iPhone 9 dijangkakan sebagai telefon bajet terbaru dari Apple, menggunakan model pembuatan seperti iPhone SE. Ia akan menggunakan badan seperti iPhone 8 dengan butang pengimbas capjari Touch ID serta skrin Retina Display berukuran 4.7-inci. Di dalam, ia dibekalkan kuasa dari cip A13 Bionic terbaru, sama seperti di iPhone 11. Ia juga dijangka akan menggunakan kamera utama 12MP yang sama dengan iPhone 11, yang mampu merakam video 4K 60fps.



Dalam laporan lain, tablet berkuasa tinggi Apple, iPad Pro turut dijangka akan dilancarkan serentak dengan iPhone 9. Perubahan terbesar pada tablet ini ialah ia akan menggunakan tiga kamera belakang seperti di iPhone 11 Pro. Ia masih akan dibekalkan dengan dua saiz skrin, 11-inci dan 12.9-inci.

Gambaran iPad Pro dengan tiga kamera

Apple dalam kenyataan terbarunya menyatakan, keuntungan untuk suku pertama 2020 mungkin tidak mencapai jangkaan awal akibat penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, permintaan pasaran antarabangsa masih tinggi tetapi bekalan pula tidak mencukupi. Kedatangan iPhone 9 dijangka akan melonjakkan kembali jualan Apple jika ia mampu menyediakan stok jualan yang mencukupi.

Sumber: Bloomberg, iPhone-ticker, GSMArena

Tags: appleipad proiphone
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
iPhone 9 dan iPad Pro dengan tiga kamera akan dilancar seawal bulan Mac

iPhone 9 dan iPad Pro dengan tiga kamera akan dilancar seawal bulan Mac

19 February 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN