Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apple beri amaran kepada pelabur, keuntungan akan menurun

Apple baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan kepada pelaburnya bahawa mereka mungkin tidak dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah ditetapkan sebelum ini, untuk suku pertama 2020. Ia berikutan penularan wabak COVID-19 ke seluruh dunia. Paling besar kesannya ialah di China.

Apple menjelaskan, terdapat dua faktor besar yang akan mempengaruhi keuntungan untuk suku pertama 2020. Pertama ialah, bekalan iPhone ke seluruh dunia akan terhad buat sementara waktu. Walaupun kilang penghasilan iPhone terletak di luar wilayah Hubei di China, tahap pengeluarannya kini lebih perlahan dari jangkaan.

Apple menekankan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja menjadi keutamaan mereka. Apple bekerjasama dengan rakan pengeluar dan pihak keselamatan untuk meningkatkan pengeluaran sedikit demi sedikit. Kekurangan bekalan ini akan memberi kesan sementara kepada penjualan di seluruh dunia.

Faktor kedua adalah permintaan yang berkurangan di China. Semua kedai Apple dan rakan niaga telah ditutup selepas penularan wabak COVID-19. Kedai yang dibuka pula beroperasi pada waktu yang terhad dan pelanggan yang datang juga sedikit.

Apple akan mula membuka semula kedai-kedai mereka sedikit demi sedikit dengan keselamatan diutamakan. Selain itu, semua pejabat korporat dan pusat hubunga Apple di China sentiasa dibuka, termasuk kedai dalam talian Apple.

Di luar China, permintaan pelanggan dalam semua produk dan perkhidmatan Apple kekal teguh dan menepati jangkaan awal.

iPhone telah sekian lama menjadi punca utama keuntungan syarikat Apple. Dalam suku yang lepas, Apple mencatat perolehan sebanyak USD 91.8 billion, hampir 10 peratus peningkatan berbanding tempoh yang sama dalam tahun 2019.

Wabak COVID-19 telah merebak ke 26 negara termasuk Malaysia. Sehingga pagi ini, Malaysia mencatatkan 22 kes positif dengan 13 darinya telah pulih dan dibenarkan pulang. 9 kes lagi masih dalam rawatan.

BACA  Jaga-jaga, peta Covid-19 ini mencuri data peribadi.

Sumber: Apple