• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM Group mencari pekerja untuk membina 5G di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:24 pm
  • 20/02/2020
  • Komen
TM Group mencari pekerja untuk membina 5G di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangunan rangkaian 5G di Malaysia semakin rancak tahun ini memandangkan ia bakal dikomersialkan seawal suku ketiga 2020. Salah satu dari pembangun 5G di Malaysia ialah Telekom (TM) dan kini mereka mencari pekerja yang layak dan berpengalaman untuk bersama-sama membangunkan perkhidmatan 5G ke seluruh Malaysia.

TM Group hari ini menaikkan iklan untuk peluang kerjaya dalam bidang 5G. Antara bidang yang ditawarkan:



  • Pengurusan Teknologi Mudah Alih (Mobile Technology Management)
  • Penyelesaian Reka Bentuk Mudah Alih (Mobile Architecture Solutions)
  • Pemerolehan Tapak Mudah Alih (Mobile Site Acquisition)
  • Perancangan Rangkaian Teras Mudah Alih (Mobile Core Network Planning)
  • Perancangan Rangkaian Akses Radio (Radio Access Network (RAN) Planning)
  • Perancangan Protokol Internet (IP) & Pengangkutan Mudah Alih (Mobile IP & Transport Planning)
  • Integrasi Perniagaan Mudah Alih (Mobile Business Integration)

Jika anda memiliki kelayakan yang berkaitan, boleh memohon peluang kerjaya di TM ini dengan melayari laman web TM Career. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mac 2020. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Sebagai salah satu peneraju konvergen di Malaysia, TM bukan sahaja dalam usaha membangunkan rangkaian wayarles 5G, tetapi turut bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyediakan sambungan gentian optik ke menara pemancar talian mudah alih.



Sumber: TM Group

Tags: TM
Najib

Najib

POPULAR

TM Group mencari pekerja untuk membina 5G di Malaysia

TM Group mencari pekerja untuk membina 5G di Malaysia

20 February 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN