• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Membeli-belah di Tesco lebih pantas dengan Scan and Shop, kini di seluruh Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:24 pm
  • 21/02/2020
  • Komen
Membeli-belah di Tesco lebih pantas dengan Scan and Shop, kini di seluruh Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd (Tesco) kini bersedia untuk melancarkan aplikasi Scan & Shop mereka, ke semua cawangan Tesco di Malaysia dalam separuh pertama tahun ini. Sehingga kini, 59 dari 60 cawangan Tesco telah pun dilengkapi aplikasi Scan & Shop. Hanya cawangan Tesco Extra Selayang masih belum ada tetapi akan disediakan menjelang bulan Jun 2020.

Aplikasi Tesco Scan & Shop membolehkan pelanggan memantau perbelanjaan mereka masa nyata, kerana ia boleh diimbas terus semasa membeli-belah di dalam pasaraya Tesco. Ia boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.



Apabila semua barangan telah diambil, pelanggan boleh pergi ke Kaunter Layan Diri atau Kaunter Tunai dan menunjukkan kod bar yang dijana oleh aplikasi Scan & Shop. Kemudian terus membuat bayaran tanpa perlu mengeluarkan dan mengimbas barangan di dalam bakul atau troli.

Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu membazir tenaga untuk mengeluarkan dan memasukkan semula barangan ke dalam troli, serta cara ini lebih menjimatkan masa. Menurut Tesco, pelanggan boleh jimat sebanyak satu minit menggunakan aplikasi Scan & Shop semasa membuat bayaran.



Selain itu, pelanggan juga dapat memantau jumlah harga barangan di dalam bakul atau troli sebelum membuat bayaran. Ia pasti membantu pelanggan untuk berjimat semasa membeli-belah.

Di samping itu, Tesco turut menyahut seruan kerajaan ke arah masyarakat tanpa tunai dengan menerima pembayaran secara kad debit dan kredt, serta tujuh jenis e-wallet iaitu AliPay, Boost, GoodKredit, GrabPay, Kiple, Mcash dan TnG Digital.

Pengarah Pelanggan Tesco, Vivian Yap berkata, “Salah satu objektif utama kami di Tesco adalah membantu pelanggan menguruskan kos sara hidup mereka. Kami telah melakukan dan masih melakukan ini dengan memastikan harga ayam Halal kami kekal rata pada RM5.99 sekilo sejak Ogos 2016 dan rangkaian Tesco Own Brand kami adalah secara purata 10 peratus lebih murah daripada jenama nasional. Scan & Shop pula membolehkan pelanggan melihat dan menentukan jumlah nilai barangan di dalam bakul atau troli mereka menerusi aplikasi, sebelum membuat pembelian mereka.”

Tags: TescoTesco Scan & Shop
Najib

Najib

POPULAR

Membeli-belah di Tesco lebih pantas dengan Scan and Shop, kini di seluruh Malaysia

Membeli-belah di Tesco lebih pantas dengan Scan and Shop, kini di seluruh Malaysia

21 February 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN