• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Presiden SENIMAN dan 3 orang lagi didakwa di mahkamah, sebar berita palsu COVID-19

  • OLEH Najib
  • 1:04 pm
  • 24/02/2020
  • Komen
Presiden SENIMAN dan 3 orang lagi didakwa di mahkamah, sebar berita palsu COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, merupakan salah seorang dari empat individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret jumaat lepas, atas dakwaan menyebarkan berita palsu berkaitan penularan COVID-19 pada bulan lalu. Bagaimanapun, Zed atau nama sebenar Rozaidi Abdul Jamil, mengaku tidak bersalah.

Zed Zaidi telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Akhiruddin @ Boy Acho. Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Presiden Seniman ini didakwa berkongsi berita palsu berbunyi: ‘Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia’, yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Twitter beliau pada 27 Januari 2020. Beliau dikatakan menggunakan aplikasi media sosial dengan niat menyebabkan kegentaran awam, justeru dikhuatiri mungkin terdorong mana-mana individu melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Duduk malaysia pun tak selamat terpaksa pakai tutup hidung ni 24 jam dari influenza ke conovirus plak lepas ni tak tau apa bala lagi nak turun. Mesti Malaysia ada buat benda2 tak baik ni… hmmm aku rasa rakyat ja yg tau.. pic.twitter.com/KI1ov9GsAF

— ZED ZAIDI (@rozaidijamil) January 27, 2020

Zed Zaidi mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac depan. Zed diwakili peguam Zamri Idrus, sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, R Siamalah.



Selain Zed Zaidi, seorang pengarah syarikat, Mohd Khairul Anuar Rosli, 30, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama menggunakan aplikasi web ‘Oh My Media’. Mahkamah menetapkan jaminan berjumlah RM5,000 dan tarikh sebutan semula pada 17 Mac depan.

Dua orang lagi yang turut dikenakan pertuduhan sama, Mohd Afendy Mohd Said, 34, dan Syed Mohd Faiz Syed Nasir, 28, pula mengaku bersalah atas pertuduhan sama sebelum masing-masing diberi ikat jamin RM4,000 dengan tarikh jatuh hukum ditetapkan pada 17 Mac depan.

Mohd Afendy didakwa menggunakan aplikasi Facebook yang dikesan SKMM pada jam 2.30 petang 27 Januari lalu, manakala Syed Mohd Faiz menggunakan aplikasi Twitter yang dikesan SKMM pada jam 3.30 petang hari yang sama.

Orang ramai disarankan untuk menyemak dahulu sebarang berita sebelum disebarkan, agar tidak dikenakan tindakan udnang-undang jika didapati menyebarkan berita palsu. Perkara ini tidak terhad kepada media sosial sahaja, ia juga boleh diambil tindakan jika sebaran dibuat menerusi aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan Telegram.

Sumber: Berita Harian

Tags: COVID-19koronavirus
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Presiden SENIMAN dan 3 orang lagi didakwa di mahkamah, sebar berita palsu COVID-19

Presiden SENIMAN dan 3 orang lagi didakwa di mahkamah, sebar berita palsu COVID-19

24 February 2020
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER