• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P40 akan dilancarkan sebulan dari sekarang

  • OLEH Najib
  • 10:20 am
  • 26/02/2020
  • Komen
Huawei P40 Pro akan diperkenal dalam versi standard dan premium
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh pelancaran telefon pintar flagship Huawei yang akan datang, kini telah ditetapkan. Di majlis pelancaran Huawei Mate Xs yang diadakan di Barcelona, CEO Huawei Richard Yu, mengumumkan Huawei P40 akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Beliau berkata di akhir majlis pelancaran itu, bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar 5G paling berkuasa masakini, di Paris pada 26 Mac 2020. Tarikh ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Huawei sering melancarkan siri-P sekitar Mac, di kotaraya Paris.



Tetapi apakah yang dimaksudkan oleh Richard Yu berkenaan telefon 5G paling berkuasa? Adakah ia akan menampilkan fungsi yang lebih berkuasa dari apa yang ada di Samsung Galaxy S20?

Gambaran P40 Pro dan P40 Pro PE

Dari maklumat terbocor yang telah berlegar, Huawei akan memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model untuk siri P40 ini iaitu P40 Pro dan P40 Pro Premium Edition. Antara pembaharuan yang diperkatakan ialah zum optikal 10x, zum digital 100x, serta badan seramik.



Gambaran P40 Pro

Masalah besar yang bakal dihadapi siri P40 ialah ketiadaan Google Mobile Services. Tetapi Huawei telah giat membangunkan Huawei Mobile Services bagi mengatasi masalah ini. Apa yang diperlukan ialah penyenaraian lebih banyak aplikasi di Huawei AppGallery.

Apa agaknya kejutan yang bakal diperlihat Huawei P40 kelak? Sama-sama kita tunggu pengumuman rasminya sebulan dari sekarang.

Tags: Huaweihuawei p40huawei p40 pro
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Huawei P40 Pro akan diperkenal dalam versi standard dan premium

Huawei P40 akan dilancarkan sebulan dari sekarang

26 February 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN