• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perjanjian kerjasama antara Celcom, Digi dan Maxis, langkah penting pembangunan 5G di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:40 pm
  • 27/02/2020
  • Komen
Perjanjian kerjasama antara Celcom, Digi dan Maxis, langkah penting pembangunan 5G di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai boleh melihat sambungan 4G lebih baik di seluruh negara selepas ini apabila tiga nama utama dalam industri telekomunikasi, iaitu Celcom, Digi dan Maxis menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (MoU). Perjanjian ini adalah untuk kerjasama meneroka pembangunan bersama bagi infrastruktur gentian di negara ini.

MoU ini akan memperlihatkan gabungan kepakaran antara tiga syarikat telekomunikasi ini dalam merekabentuk, membangun, mengagih, mengendali dan menyelenggara infrastruktur gentian mereka di seluruh negara. Dengan ini, syarikat dapat mengoptimumkan penggunaan infrastruktur gentian sedia ada, dan menetapkan pertukaran dan binaan yang serupa pada masa kini. Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan di dalam NFCP.



Selain itu, MoU ini juga adalah satu langkah yang penting untuk pelaksanaan 5G di Malaysia. Kerjasama pembinaan infrastruktur ini akan banyak membantu untuk mencapai fungsi utama 5G iaitu, kependaman rendah, kelajuan data yang tinggi, kebolehpercayaan ultra-tinggi, dan kapasiti dalam menguruskan lebih banyak peranti yang terhubung.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom berkata, “Kami percaya bahawa kolaborasi adalah langkah untuk industri terus maju ke hadapan dalam membina ekosistem yang lebih mampan. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan inisiatif ini untuk meneroka sumber kolektif aset yang berpotensi membawa kepada gabungan bersama yang lebih kukuh bagi perkhidmatan kami. MoU ini juga akan meneroka langkah terbaik dalam melaksanakan penambahbaikan rangkaian yang lebih efisyen kosnya, mengelakkan sebarang duplikasi dalam pembinaan infrastruktur, seterusnya memperluas landskap kesalinghubungan negara, dan memberi faedah kepada rakyat dengan menikmati produk dan perkhidmatan yang paling tinggi nilainya.”



Albern Murty, Ketua Pegawai Eksekutif, Digi pula berkongsi, “Kami sentiasa melihat usahasama sebagai cara ke hadapan yang positif bagi menyediakan kesalinghubungan yang mampu dinikmati dan meluas bagi rakyat Malaysia; dan ada antara inisiatif perkongsian ini telah berjalan hampir sedekad lamanya. MoU ini adalah lanjutan daripada kejayaan kerjasama yang terjalin dengan Celcom bagi pelaksanaan gentian, dan kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan kedua-dua pihak bagi memastikan penyediaan pengalaman pelanggan yang lebih baik di seluruh negara.”

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis menyatakan, “Ini merupakan langkah ke hadapan yang amat positif dalam menyediakan akses yang menyeluruh ke pekan-pekan dan bandar-bandar di negara ini, serta satu lagi contoh perkongsian pintar dalam mencapai cita-cita dan sasaran NFCP oleh kerajaan. Kami berbesar hati untuk bekerjsama bagi meneroka apa yang kami mampu sediakan bersama dari segi sumber dan kemahiran, yang mana ia akan dapat memberikan faedah kepada kesemua pengguna dan perniagaan di Malaysia.”

Tags: 5gcelcomdigimaxisNFCP
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Perjanjian kerjasama antara Celcom, Digi dan Maxis, langkah penting pembangunan 5G di Malaysia

Perjanjian kerjasama antara Celcom, Digi dan Maxis, langkah penting pembangunan 5G di Malaysia

27 February 2020
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER