• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Celcom dan Xpax boleh nikmati cashback menerusi eWallet Boost

  • OLEH Najib
  • 10:23 am
  • 28/02/2020
  • Komen
Pengguna Celcom dan Xpax boleh nikmati cashback menerusi eWallet Boost
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom kini menawarkan pulangan tunai (cashback) kepada pelanggan pascabayar dan prabayarnya menerusi ewallet Boost. Tawaran ini sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu ekonomi menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan semalam.

Bermula tengahari ini, 28 Februari sehingga 30 Jun 2020, pelanggan prabayar Xpax dapat menikmati pulangan tunai 10% apabila membeli tambah nilai Xpax bernilai RM10 dan ke atas, melalui aplikasi Celcom Life. Selain itu, pelan pascabayar Celcom Mega yang baru dilancarkan, telah datang siap dengan ciri Tukar Beli sehingga 30 Jun 2020. Ciri ini membolehkan pengguna pascabayar menukar data yang tidak digunakan pada setiap penghujung kitaran bil kepada pulangan tunai melalui e-eWallet Boost, dengan kadar 10GB bersamaan RM5.



Dengan pulangan wang tunai ke eWallet, pengguna boleh membelanjakannya untuk membeli keperluan harian di mana-mana kedai dalam dan luar talian yang menerima pembayaran eWallet Boost. Sehingga kini, Boost diterima di lebih 135,000 kedai di seluruh negara.

Pengguna prabayar Xpax boleh mendapatkan cashback 10% semasa tambah nilai di aplikasi Celcom Life menerusi langkah ini:



  1. Muat turun dan log masuk ke apilkasi Celcom Life
  2. Pautkan e-dompet Boost melalui apilkasi Celcom Life (lihat gambarajah di bawah)
  3. Pilih “Reload” dan pilih “Credit Reload” atau “Internet Reload”.
  4. Pilih amaun tambah nilai
    i. Tambah Nilai (RM10, RM30, RM50 atau RM100); atau
    ii. Tambah Nilai Internet (RM10, RM12, RM19, RM30, RM38, RM50, RM79)
  5. Nikmati pulangan tunai Boost 10% sehingga RM20 bagi setiap nombor MyKad/Pasport setiap bulan

Bagi pengguna pascabayar pula, Celcom turut menawarkan rebat satu kali sebanyak RM50 bagi setiap akaun dalam kitaran bil yang berikutnya, apabila mereka memilih perkhidmatan pembayaran Bil Automatik. Sebagai tambahan, pengguna pascabayar yang memilih bil bulanan digital boleh menikmati penjimatan sehingga RM10 setiap bulan yang dikenakan ke atas dokumen bil yang dicetak.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, “Celcom berbesar hati untuk menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pulangan tunai kepada pengguna, sebagai usaha untuk membantu pelanggan secara kewangan dan mengurangkan kos sara hidup dengan penyediaan wang digital yang boleh digunakan untuk membeli barangan harian menggunakan e-dompet.”

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

“Memandangkan pengguna kami berada dalam ekosistem digital hari ini dengan gaya hidup digital yang pelbagai, kami turut mengambil peduli kesan penularan wabak COVID-19 yang kini memberikan impak kepada kehidupan mereka dan ekonomi negara. Oleh itu kami ingin memastikan pengguna mendapat nilai terbaik bagi setiap pembelian daripada kami. Pulangan tunai Celcom bagi prabayar dan pascabayar merupakan faedah alternatif kepada pelanggan, kerana membolehkan mereka membeli keperluan harian mereka melalui e-dompet Boost secara digital mahupun di kesemua kedai yang menyertai di seluruh negara,” menurut Idham.

Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my

Tags: Boostcelcomxpax
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Celcom dan Xpax boleh nikmati cashback menerusi eWallet Boost

Pengguna Celcom dan Xpax boleh nikmati cashback menerusi eWallet Boost

28 February 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN