• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Disneyland dan DisneySea Tokyo menutup pintu akibat penularan COVID-19 di Jepun

  • OLEH Najib
  • 1:08 pm
  • 28/02/2020
  • Komen
Disneyland dan DisneySea Tokyo menutup pintu akibat penularan COVID-19 di Jepun
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengumumkan penutupan sekolah di seluruh Jepun bermula minggu hadapan sehingga awal April, akibat penularan wabak COVID-19 di Jepun. Beliau juga meminta agar orang ramai untuk bekerja dari rumah dan bergerak di luar waktu puncak, selain tidak menyertai sebarang pertemuan beramai-ramai.

Sehubungan itu, dua lokasi pelancongan terkenal yang diusahakan oleh Disney di Tokyo, Disneyland dan DisneySea mengumumkan ia akan ditutup selama dua minggu. Penutupan ini dibuat berkuatkuasa 29 Februari sehingga 15 Mac 2020. Bagaimanapun, pembukaannya semula bergantung kepada situasi semasa dan arahan yang dikeluarkan kerajaan.



Disneyland dan DisneySea menerima lebih dari 30 juta pengunjung setiap tahun dan ia merupakan salah satu lokasi pelancongan paling popular di Tokyo.

Berlaku 4 lagi kematian di Iran menjadikan jumlah meningkat kepada 26 kes. Korea Selatan pula catat lebih 100 kes baru #COVID19. Negara bersempadan dgn Iran telah sekat sempadan. Lapangn terbang Antbgsa Dubai turut sekat penerbangan pergi balik ke Iran pic.twitter.com/FwLsmFwPs4

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) February 28, 2020

Jepun kini merupakan antara negara dengan kes positif COVID-19 tertinggi di dunia. Sehingga pagi ini, sebanyak 214 kes telah dikesan dengan 4 kematian telah dilaporkan di Jepun.



Selain Jepun, negara yang menunjukkan peningkatan mendadak kes COVID-19 adalah Korea Selatan, Itali dan Iran, di mana empat negara ini mencatatkan kematian akibat COVID-19 di luar China.

Semalam, kerajaan Arab Saudi telah menggantung sementara semua visa umrah serta visa pelancong dari negara dengan kes wabak COVID-19. Malaysia telah disahkan sebagai salah satu negara yang disenarai dalam senarai sekatan visa pelancong.

Penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah, ziarah dan pelancong ke Arab Saudi.

Malaysia juga termasuk dalam larangan sementara ini.

Justeru, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi.

Rujuk kenyataan rasmi @MalaysiaMFA 👇 pic.twitter.com/suLiJ3V6jI

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) February 27, 2020

Kerajaan Malaysia menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan ke negara-negara dengan kes COVID-19 yang tinggi. Sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan seperti mencuci tangan dan memakan makanan yang telah dimasak.

Sumber: Japan Times

Tags: COVID-19koronavirus
Najib

Najib

POPULAR

Disneyland dan DisneySea Tokyo menutup pintu akibat penularan COVID-19 di Jepun

Disneyland dan DisneySea Tokyo menutup pintu akibat penularan COVID-19 di Jepun

28 February 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN