• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Laptop Gaming Acer Nitro 5 Tampil Dengan Paparan 120Hz Pada Harga Kurang RM3,000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:22 pm
  • 03/03/2020
  • Komen
Laptop Gaming Acer Nitro 5 Tampil Dengan Paparan 120Hz Pada Harga Kurang RM3,000
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini telah mengemas kini penawaran laptop gaming mereka dengan pengenalan model baru dala keluarga Nitro 5. Dijual pada harga RM2,999, ia adalah laptop gaming antara yang termurah boleh didapati di Malaysia.

Paling mencuri tumpuan adalah pada panel paparan yang dimilikinya. Ia ada paparan sebesar 15.6” beresolusi HD Penuh. Tak terhenti di situ, panel paparannya menyokong kadar segar semula setinggi 120Hz. Jarang-jarang laptop berpanel paparan sebegini dijual pada harga kurang RM3,000.



Atas papan utama, ia diperkasa CPU AMD Ryzen 7 3750H bersama-sama 4GB RAM. Kapasiti RAM boleh diperluas sendiri dan boleh pergi sehingga 32GB. Storan dalaman 512GB SSD yang hadir turut boleh diperluas melalui satu slot m.2 kosong.

Bagi mengendalikan bebanan semasa gaming, Acer menyuntik teknologi CoolBoost. Ia menggunakan dua lubang ekzos yang katanya menambah baik penyejukan CPU dan GPU seihngga 9%. Anda boleh menemui sejumlah I/O pada laptop ini. Ia ada 3 port USB-A, 1 port USB-C, HDMI, dan jek audio.



Sekiranya anda berminat untuk milkinya, anda boleh ke Lazada ataupun Shopee untuk lakukan tempahan.

Tags: Aceracer nitro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Laptop Gaming Acer Nitro 5 Tampil Dengan Paparan 120Hz Pada Harga Kurang RM3,000

Laptop Gaming Acer Nitro 5 Tampil Dengan Paparan 120Hz Pada Harga Kurang RM3,000

3 March 2020
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN