• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Machines Dikecam Teruk Dek Enggan Mengganti MacBook Pro Yang Rosak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:58 pm
  • 04/03/2020
  • Komen
Machines Dikecam Teruk Dek Enggan Mengganti MacBook Pro Yang Rosak
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pengguna mengadu di Facebook tentang masalah yang dihadapi Macbook Pro-nya yang bernilai lebih RM12 ribu. Dia beranggapan yang Machines perlu menggantikan MacBook Pro-nya dengan yang baru kerana tak berfungsi sepenuhnya sejurus keluar kotak.

Aduannya di Facebook setakat ini menerima 492 perkongsian dan lebih 500 komen yang rata-ratanya menghentam Machines, salah satu pengedar sah produk Apple di Malaysia.



Dia pergi semula ke kedai tempatnya lakukan tempahan iaitu di Machines cawangan Sunway Pyramid pada 29 Februari 2020, sehari selepas dia mengambil pesanan, untuk mengutarakan isu tersebut, tapi malangnya “ditendang” ke Pusat Service Machine yang berada di The Curve.

Slip permohonan membaiki

Apa yang mengecawakannya adalah Machines menolak untuk lakukan penukaran 1-dengan-1 sebaliknya ingin memperbaik Macbook Pro tersebut dan ia mengambil masa sehingga 14 hari bekerja.



Bolehkah penukaran 1-dengan-1 dilakukan?

Jika diteliti kisah saudara tersebut, dia cuba untuk menggunakan peruntukkan seksyen 15 dalam polisi jualan Apple. Seksyen tersebut berbunyi, “15. Dead On Arrival (DOA) Product: System Failure Out of the Box”.

Memang Apple membenarkan penukaran 1-dengan-1 untuk produk yang alami masalah. Seperti biasa, status DOA ke atas sesuatu produk hanya boleh dilakukan wakil AppleCare Technical Support.

Tapi dalam subseksyen berkaitan, ada perincian yang lebih mendalam iaitu:

  • Status DOA hanya boleh dilakukan dalam tempoh 10 hari daripada tarikh invois.
  • Untuk penukaran: Apple akan menghantar produk yang sama (kos ditanggung pihak Apple) kepada pembeli dan wakil Apple Store Sales Support akan menghubungi pembeli dalam masa 48 jam untuk meminta pembeli memulangkan produk DOA.
  • Untuk baik pulih: Jika pembeli bersetuju untuk baik pulih item DOA, produk itu tak lagi layak untuk menerima penukaran 1-dengan-1.

Jika dirujuk pada tarikh invois, hari terakhir untuk mengisytiharkan DOA terhadap laptop pembeliannya adalah pada 6 Mac 2020.

Ia mungkin menjelaskan mengapa pihak Machines tak mengendahkan panggilannya sebanyak 4 kali dan ditolak sebanyak dua kali. Kemudian, dia juga mendakwa Machines pernah menghubunginya sekali untuk tawarkan pertukaran 1-dengan-1 tapi tak lama kemudian, dia terima pula e-mel yang mengatakan laptopnya sudah di baik pulih.

Apa jadi kalau gagal?

Namun jika dia gagal letakkan status DOA pada MacBook Pro itu sekalipun, produk itu tetap dilindungi jaminan terhad selama setahu. Tapi jika lihat pada invois pembeliannya, dia turut melanggan AppleCare Protection Plan yang bernilai RM1,319 untuk laptop yang dibelinya.

Di bawah perlindungan APP, anda terima:

  • Akses dengan prioriti lebih tinggi terhadap wakil Apple
  • Cakupan baik pulih seluruh dunia
  • Baik pulih komputer di lokasi
  • Bawa sendiri komputer ke Apple Authorised Service Provider
Tags: applemacbook promachinesmachines malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Machines Dikecam Teruk Dek Enggan Mengganti MacBook Pro Yang Rosak

Machines Dikecam Teruk Dek Enggan Mengganti MacBook Pro Yang Rosak

4 March 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER