• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark 3: Telefon Gaming Terbesar Dengan Sokongan 5G

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:43 pm
  • 05/03/2020
  • Komen
Black Shark 3: Telefon Gaming Terbesar Dengan Sokongan 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Black Shark hari ini telah umumkan dua model telefon gaming untuk generasi ketiga mereka iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro. Seperti yang dijangka ia dilengkapi segala macam komponen terkini untuknya kekal bersaing dalam arena telefon pintar berkuasa tinggi tahun 2020.

Black Shark 3 Pro

Atas papan utama, keluarga Black Shark 3 Pro dikuasakan pemproses Snapdragon 865 5G dengan RAM sehingga 12GB LPDDR4 serta storan sehingga 512GB UFS 3.0.



Di bahagian muka telefon ini ada paparan seluas 7.1” QHD+ OLED dengan refresh rate setinggi 90Hz. Ia masih kekalkan kadar pensampelan sentuhan setinggi 270Hz sama seperti Black Shark 2 Pro.

Lagi untuk menambah baik pengalaman gaming anda adalah kehadiran permukaan peka sentuhan di bahagian sisi seperti shoulder button pada ASUS ROG Phone II serta jek audio 3.5mm untuk digunakan bersama-sama headfon kegemaran anda.



Di bahagian pengimejan. Ia dilengkapi trikamera belakang dengan kombinasi kamera 64MP (utama), 13MP (ultralebar), dan 5MP (bokeh). Di bahagian depan ada kamera 20MP untuk anda mengambil swafoto.

Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh. Untuk bateri, Black Shark menggunakan penylesaian seperti OPPO R17 Pro iaitu memecahkan bateri kepada dua bahagian untuk tujuan pengecasan pantas yang lebih cekap.

Telefon ini menyokong pengecasan pantas sehingga 65W, sama pantas sperti SuperVOOC 2.0 dan di bahagian belakang telefon, ada satu lagi port mengecas ala magsafe yang mampu mengepam masuk 18W tenaga semasa mengecas.

Black Shark 3

Model bukan pro untuk peranti gaming generasi ketiga ini hadir dengan panel 6.67” panel OLED FHD+ dengan refresh rate setinggi 90Hz.

Atas papan utama, ia tetap digerakkan Snapdragon 865 dengna RAM sehingga 12GB. Storannya boleh pergi sehingga 256GB. Varian yang miliki RAM 8GB tak menggunakan LPDDR5 sebaliknya menggunakan modul LPDDR4x yang lebih lama.

Bateri telefon ini sedikit kecil berbanding versi pro, tapi tetap besar dalam perkiraan masa ini. Ia ada bateri 4,720mAh dan menyokong pengecasan pantas. Namun, hanya varian paling mahal menyokong pengecasan pantas 65W, manakala varian yang lebih murah hanya menyokong pengecasan sehingga 30W.

Harga

Berikut adalah harga jualan Black Shark 3 di China.

Black Shark 3 Pro

  • RAM 8GB + 256GB – CNY4,699 (RM2,817)
  • RAM 12GB + storan 256GB – CNY4,999 (RM2,977)

Black Shark 3

  • RAM 8GB + storan 128GB – CNY3,499 (RM2,097)
  • RAM 12GB + storan 128GB – CNY3,799 (RM2,277)
  • RAM 12GB + storan 256GB – CNY3,999 (RM2,397)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: black sharkblack shark 3black shark 3 proxiaomixiaomi black shark
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Black Shark 3: Telefon Gaming Terbesar Dengan Sokongan 5G

Black Shark 3: Telefon Gaming Terbesar Dengan Sokongan 5G

5 March 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN