• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find X2: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:27 pm
  • 06/03/2020
  • Komen
Oppo Find X2: Maklumat Penjualannya Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir dua tahun dilancarkan, akhirknya keluarga Find daripada Oppo ada pewarisnya. Hari ini, Oppo secara ras mengumumkan Find X2 dan ada dua model semuanya. Ini adalah maklumat tentang siri Oppo Find X2.

Harga Jualan Oppo Find X2

Berikut adalah harga Oppo Find X2 di Eropah, tempat siri ini dilancarkan.



Find X2 Pro
RAM 12GB + storan 512GB – EUR 1,199 (RM5,650)

Find X2
RAM 12GB + storan 256GB – EUR 999 (RM4,708)



Model X2 Pro, varian paling berkuasa dalam kalangan dua model itu hadir dalam warna hitam (materi seramik) dan oren (kulit sintetik). Seperti biasa, harga telefon pintar di Eropah memang sentiasa lebih tinggi daripada Malaysia.

Untuk pasaran kita, siri Find X2 ini akan dilancarkan pada 10 Mac 2020 dan pihak Oppo Malaysia sudahpun berkongsi tentang maklumat tempahan awal.

Tempahan awal untuk Find X2 Pro dan X2 akan bermula 6 Mac 2020. Untuk setiap tempahan awal, anda akan menerima powerbank dengan ciri-ciri VOOC (bernilai RM229) bersama-sama jaminan setahun serta 90 hari jaminan skrin retak (bernilai RM299).

Program tempahan awal Find X2 ini akan berjalan sehingga 20 Mac 2020.

Untuk hari jualan, Find X2 akan mula dijual 14 Mac 2020 manakala saudara Find X2 Pro akan menemui anda pada 21 Mac 2020. Pada hari pertama jualan, anda boleh dapatkan hadiah tambahan berupa Oppo Enco Free TWS bernilai RM499

Spesifikasi Oppo Find X2 Pro

Flagship Oppo Find X2 Pro ini miliki spesifikasi flagship. Ini ialah telefon pertama Oppo yang ada kekalisan air pada tahap IP68.

Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 865 bersama-sama dengan RAM 12GB daripada jenis LPDDR5 beserta ruang penyimpanan sebesar 512GB. Di bahagian sistem operasi, ia menjalankan ColorOS 7.1.

Di bahagian muka, ia menerima panel paparan sebesar 6.7”. Bukan sebarang paparan, tapi paparan OLED beresolusi QHD+ dengan refresh rate setinggi 120Hz.

Beralih ke jabatan pengimejan, anda disajikan dengan trikamera belakang. Menariknya, dua daripada kamera ini menggayakan sensor 48MP iaitu kamera biasa dan ultralebar. Untuk kamera telefoto, ia gunakan sensor 13MP dengan teknologi periskop.

Untuk swafoto, anda boleh gunakan kamera 32MP.

Find X2 Pro menerima tenaga daripada bateri berkapasiti 4,260mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 65W.

Spesifikasi Oppo Find X2

Oppo Find X2 secara asasnya ialah telefon yang serupa dengan versi pronya. Ia masih kekalkan penggunaan cip Snapdragon 865, paparan OLED, RAM 12GB, dan trikamera belakang.

Kamera belakang Oppo X2

Sedikit perbezaan Find X2 berbanding X2 Pro adalah storannya lebih kecil iaitu 256GB. Kemudian, kamera belakangnya, walaupun ada tiga kamera, hanya satu daripadanya gunakan sensor 48MP. Dua baki kamera lain ialah kamera 12MP (ultralebar) dan 13MP (telefoto).

Kamera selfie pada X2 adalah sama seperti model Pro.

Paling menarik, kedua-dua telefon ini menyokong rangkaian 5G dan boleh berhubung dengan kedua-dua sistem SA dan NSA. Mereka juga ada fungsi WiFi 6 dan Bluetooth 5.1

Tags: oppooppo findOPPO Find XOppo Find X2Oppo Find X2 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X2: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Oppo Find X2: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

6 March 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN