• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Permainan Klasik Command & Conquer Versi Kini Menyokong Skrin 4K

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:07 am
  • 11/03/2020
  • Komen
Permainan Klasik Command & Conquer Versi Kini Menyokong Skrin 4K
Share on FacebookShare on Twitter

Antara permainan terawal dalam genre real-time strategi (RTS) selain siri Dune 2000 ialah siri Command & Conquer. Permainan ini dilancarkan dalam tahun 1995 oleh syarikat Westwood sebelum diambil alih oleh Electronic Arts (EA).

25 tahun kemudian, dalam tahun 2020, peminat game klasik tersebut bolehlah mengimbau kenangan lama dalam resolusi lebih tinggi apabila EA mengumumkan projek remaster mereka untuk permainan Command & Conquer asal.



Aset grafik dibangunkan semula

Jadi anda boleh jangkakan grafik asal, tapi dalam resolusi yang lebih sesuai dengan monitor modem zaman ini. Hal ini kerana EA telah membangunkan semula semua asset grafik permainan ini. Selain itu, semua video cut-scene masih terpelihara dan di-upscale untuk diselarikan dengan kualiti asset grafik tadi.

Video cut-scene di-upscale ke 4K

Selain grafik dan video cut-scene, muzik permainan ini turut menerima rawatan yang sama. Lebih mengagumkan, mereka membawa masuk komposer muzik asal permainan ini iaitu Frank Klepacki. Dia telah lakukan remaster kepada sejumlah 7 jam sumber audio untuk anda nikmati bunyi yang lebih padu. Dia juga akan memasukkan muzik yang tak sempat dimasukkan dalam permainan asal, ke dalam permainan ini.



Komposer asal soundtrak Command & Conquer

Selain lakukan remaster ke atas aset lama, EA juga memasukkan fungsi-fungsi baru untuk menyuntik kesegaran padanya. Contohnya, antara muka telah di-overhaul, proses pemilihan misi telah ditambah baik.

Lebih menarik, sistem Multiplayer pada versi remasted ini telah dibangunkan semula dari bawah. Pemain akan dipadankan dengan lawan berasaskan rating ELO serta fungsi leaderboard untuk mereka membandingkan prestasi sesama mereka.

Command & Conquer Remastered akan mula dijual 5 Jun 2020 ini pada harga RM79 di Origin ataupun Steam.

Tags: Command & ConquerEAgames
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Permainan Klasik Command & Conquer Versi Kini Menyokong Skrin 4K

Permainan Klasik Command & Conquer Versi Kini Menyokong Skrin 4K

11 March 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN